Powered by Jasper Roberts - Blog

Kemalangan bas di Slim River.


Pemandu bas ekspres maut, empat parah dalam kemalangan di Slim River

Seorang pemandu bas maut manakala 12 yang lain cedera termasuk empat parah apabila bas express yang mereka naiki merempuh treler di Km 362.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River, malam tadi.


Hussein Jaafar, 29, berasal dari Baling, Kedah yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.
Mereka yang parah ialah pemandu kedua MOhd Fazli Khamis, 40, berasal dari Taman Sri Pinang, Tikam Batu, Kedah; Che Yusoff Che Ani, 39, berasal dari Alor Setar, Kedah; Mohamad Hafizul Zuljabli, 24, dari Kampung Seberang Alor, Alor Setar, Kedah; dan Khuhan a/l Dharmaraj, 21, dari Taman Aman, Anak Bukit Alor Setar, Kedah.

Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Slim River, kata Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nayan.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 10.45 malam tadi, bas yang dalam perjalanan dari Klang ke Butterworth itu dikatakan merempuh belakang treler membawa muatan besi konkrit menyebabkan bahagian hadapan bas remuk.

Beliau berkata sembilan penumpang yang tidak cedera meneruskan perjalanan dengan bas gantian. - Bernama
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net