Powered by Jasper Roberts - Blog

Jenis Mercun Di Malaysia



Jenis Mercun Di Malaysia

Asalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut.

Dulu aku masa kecik2 rajin juga aku main mercun ni. Skrg bila besar sikit dah tak main mercun dh. Mungkin dh insaf kot. Sebab dulu masa kecik semua member nakal-nakal macam taik. So, aku pun turut terpengaruh menjadi nakal. Tiap tahun tak ble miss main mercun.

Lepas buka puasa jer trus berperang menggunakan mercun. Telinga sampai nak pekak, makcik-makcik, pak-cik-cik jiran sebelah marah pun tak kesah dah. Yang penting dpt bom sana sini. Berikut merupakan jenis-jenis mercun di Malaysia yang aku tahu.

Mercun papan ni agak femes masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi. Harga dia dulu murah je macam gampang.


Tengok bentuk dah taw kan ni jenis mercun apa? ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang bolat seperti bola. Mercun ni agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ni. Tak dapat nak salam Ibu Bapa raya nnt.


Yang ni adalah mercun telur. Bentuk mercun ni macam telur ayam bukan telur orang ok. Saiznya lebih kurang macam telur ayam yang korang beli di kedai runcit tu.


Ni mercun mancis, mercun yang menjadi peberet aku masa kecik2. Mercun ni berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu. Mercun ni boleh guna untuk bom ikan di sungai. 


Mercun ketupat, mercun ni tak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat. Kalau di makan nescaya meletup di perut.


Mercun ni di gelar mercun lebah kerana mercun ni kejar orang. Cara untuk melarikan diri dari mercun ni adalah jangan main mercun ni.


Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyi nya tak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya. Kalau kena kulit boleh tinggal tulang jer, tak dpt lah nak beraya.


Mercun rocket adalah mercun yang sangat menarik untuk di mainkan. Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan. Jangan tanam batang rocket ni terlalu dalam nnt tak ble terbang plak. Dulu aku beli mercun ni sekitar 30 sen sebatang.


Ini pulak, Thuner clap. Aku belum ada pengelaman lg main mercun ni. Yang aku taw bunyinya memang power. Ble bergetar tiang rumah jiran sebelah.

Mercun pop, mercun yang paling selamat aku rasa untuk di mainkan dan sesuai untuk kanak2 riang serta gadis-gadis ayu.

Yang ni namanya meriam buluh. Mengunakan elemen kabait + air liru + api + bamboo. Bunyi dia memang memuaskan hati yang main meriam ni, tapi tidak memuaskan hati jiran2 sebelah.

Moral of the Story:
Ingatlah orang yang tersayang dan menyayangi anda. Tapi tak meriah kan raya klu takde mercun. Main mercun yang tak bahaya je lah macam mercun pop, bunga api dan yang sewaktu dengannya.

sumber: http://ceriterahmad.blogspot.com

search term:
Jenis-jenis Mercun
contoh mercun
mercun bola
mercun mancis
mercun papan
mercun tunderclap
mercun roket
mangsa mercun 2012
mangsa mercun tahun 2012
Ranking: 5

Comments:3

09 August, 2012 10:18

main mercunlah best....

10 August, 2012 13:08

Alin Marlini@ mercun bunga api ya :P

Anonymous
11 August, 2012 22:08

bez say men perang mercun.. lawan sape plg byak stok... peberet ak mesti la mercu bola, telur, thunderclap, thunder king, mercun papan 12kaki, merdeka shoot n mcm2 ag... bez.... hahahaha

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net