Powered by Jasper Roberts - Blog

Himpunan Janji Bersih Dataran Merdeka.


Himpunan Janji Bersih.


Orang ramai dinasihat agar tidak menyertai 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual berlangsung malam ini di Dataran Merdeka serta beberapa lokasi di sekitar ibu negara.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis dan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). "Dataran Merdeka merupakan lokasi bagi sambutan kemerdekaan, jadi kehadiran mereka boleh menjejaskan segala persiapan yang dibuat untuk rakyat berhimpun bagi menyambut Hari Kemerdekaan keesokan harinya.
"Walaupun beranggapan tidak akan ada kekecohan dalam perhimpunan itu, tetapi sekiranya ia berlaku, polis akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada di negara ini termasuk peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata tiada kelulusan diberikan kepada penganjur 'Himpunan Janji Bersih' untuk mengadakan perhimpunan itu malam ini kerana mereka gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan kepada polis seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011.

Mohmad berkata polis akan turut memantau perarakan 'Merdeka March For Jalan Sultan' anjuran Komuniti Jalan Sultan dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCHA) yang dijangka diadakan dari Gospel Hall, Jalan Hang Jebat melalui Jalan Sultan sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

"Selain untuk menghindarkan kejadian tidak diingini, pemantauan juga dibuat bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas," katanya.
Mengenai perkembangan kes dua 'bouncer' mati ditembak di hadapan kelab hiburan Madurai, Jalan Dooraisamy Ahad lepas, Mohmad berkata sehingga hari ini polis menahan 15 lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu.

"Kami juga sedang memburu suspek utama yang melepaskan tembakan," katanya. - BERNAMA
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net