Powered by Jasper Roberts - Blog

Katak Comel, Ini Semua Poyo!

17 comments


Salam semua...rini serak abis suara ini,mana taknya seawal pukul 10 pagi Blogger Katak Comel.my telah mengganggu tidur lenaku yang tertangguh semalaman kerna menyiapkan design-design yang penting untuk customer. Sebab utama Katak Comel telefon adalah kerna semata-mata mengajak aku menemani dia ke medan Karaoke.

Atas dasar perihatin aku telah menerima tawarannya itu. Setibanya dia ke rumah aku kami menyinggah ke sebuah gerai untuk mengisi perut yang lapar. Kemudian barulah bergerak ke Kedai Karaoke yang terletak di dalam Selayang Mall.

Setibanya di kaunter masuk karaoke itu kami telah memilih pakej berduet(2 orang) , tak mahal pun sejam hanya RM10 ringgit sahaja dan untuk permulaan kami bersetuju untuk berkaraoke selama 2 jam(Katak Comel, apa barang karaoke 2 jam)..Apa lagi, masing-masing pun menunjukkan bakat masing-masing dan nyayian Katak Comel telah menghangatkan lagi suasana dengan suaranya yang Ong gedek gedek...kui2....terbaiklah bro..Nyanyi punya nyanyi sampai pecah suara...

Dalam pertempuran Budak Nakal Vs Katak Comel nyata masih jauh lagi untuk menandingi kehebatan bro Boni Kacak yang merupakan Lagend dalam area karaoke ini(Bro bila nak Karoke?) hihihi...

Setelah tamat masa 2 jam yang terbayar itu nyata Katak Comel telah mengangkat bendera putih sedangkan aku nak je tambah 2-4 jam lagi hahahaha....Katak Comel lelah Katanya...kui...kui...Setelah keluar dari tempat karaoke ingat nak layan Bowling pulak 2-3 game, tapi atas dasar ada urusan Katak Comel terpaksa mengangkat kaki tuk beransur pulang...Poyo...semua ini poyo!!!! Apa barang ajak aku keluar tapi keluarnya 2 Jam sahaja...Ini Semua Poyo!!!...hahahaha...Shakiddo, Leadfe....Ada beranik ke Nak Karaoke Ngan Aku???kui2....


Kumpulan Mojo Kembang Kerjaya Di Hong Kong

2 comments



Kumpulan Mojo bercadang untuk mengembangkan kerjaya seni mereka pada peringkat Asia selepas merangkul tempat kedua dalam pertandingan Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF) yang diadakan di Hong Kong Convention Centre pada 22 Mac lalu.
Salah seorang anggotanya, Edry Abdul Halim bagaimanapun berkata, persediaan rapi perlu dilakukan sebelum mereka berbuat demikian supaya produk yang bakal dikeluarkan berkualiti dan dapat diterima ramai.
"Sejujurnya kami tidak berfikir sehingga ke arah itu apabila menyertai pertandingan tersebut tetapi rasanya tidak salah mengambil peluang berkenaan.
"Namun biarlah produk yang dihasilkan yang terbaik dan tidak sekadar tangkap muat sahaja," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Solaris Mont Kiara, di sini, Rabu.
Vokalis kumpulan Mojo, Aweera.
Pada pertandingan yang turut disertai oleh negara seperti Singapura, Korea, Jepun, Taiwan dan China itu, vokalis utamanya, Aweera turut merangkul anugerah Persembahan Vokal Terbaik HKAMF) manakala gelaran juara disandang oleh kumpulan MIC dari China.
Mojo telah menarik perhatian tujuh juri apabila mempersembahkan dua buah lagu iaituAndai Aku Bercinta Lagi dan Dreams On nyanyian asal kumpulan Aerosmith.
Selain Edry yang juga anggota KRU sebagai pemain keyboard dan Mojo turut dianggotai oleh Aweera, Johar (pemain dram), Denny (gitaris) dan Pito (basis).
Dalam pada itu, Edry berkata, buat permulaan lagu Andai Aku Bercinta Lagi akan dirakamkan dalam Bahasa Kantonis oleh seorang artis Hong Kong untuk pasaran negara itu selepas ada wakil syarikat rakaman di sana berminat dengan karya tersebut.
Edry berkata, pihaknya baru sahaja selesai mengalih bahasa lirik lagu berkenaan dan sedang menunggu proses seterusnya.
"Walaupun bukan kami yang akan menyanyikan lagu itu tetapi saya tetap teruja kerana terbukti lagu ciptaan tempatan dapat menarik minat masyarakat di sana," jelasnya.
Sementara itu, Aweera berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan memenangi kategori vokal terbaik kerana tidak meletakkan sebarang harapan.
"Pemergian kami ke sana hanya untuk menimba pengalaman dan berseronok dan tidak sangka dapat membawa pulang trofi.
"Bagaimanapun kami sangat seronok ketika berada di sana dan ada peminat menunggu kami di lobi hotel dan lapangan terbang," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Ramani Ramalingam berkata, pemilihan Mojo bagi mewakili Malaysia dibuat berdasarkan kemenangan mereka dalam kategori Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM) lalu.
"Sebelum ini kita pernah menghantar artis yang menang dalam kategori sama iaitu Bunkface dan Projek Pistol pada acara sama.
"RIM akan terus menyokong artis-artis tempatan yang berpotensi untuk dibawa ke luar negara supaya bakat mereka tidak terhenti di situ sahaja," jelasnya.

Pangsapuri Beringin Puchong Sekali Lagi Diancam Kejadian Tanah Runtuh

Jom! comments




Keselamatan kira-kira 300 penghuni sebuah blok Pangsapuri Beringin di sini terancam susulan kejadian tebing runtuh kali kedua berhampiran bangunan itu pada Selasa.
Kejadian pertama berlaku pada 19 Feb lepas, namun penduduk mendakwa kerja membaik pulih lambat disiapkan sehingga kejadian sama berulang sekitar 4.30 petang Selasa .
Menurut mereka, seorang jurucakap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)mengarahkan penghuni blok B pangsapuri itu berpindah ke sebuah dewan berhampiran sebagai langkah keselamatan.
Seorang penghuni, Siti Zaleha Dalli, 38, menyifatkan kejadian kali ini lebih teruk berbanding yang pertama.
"Saya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira 4.30 petang oleh anak saya sebelum saya sendiri melihat sebahagian besar daripada tebing bersebelahan bangunan telah runtuh. "Saya difahamkan paip pembentungan dan paip air yang pecah menyebabkan keadaan jadi teruk. Jarak tanah yang runtuh begitu hampir dengan rumah saya," katanya kepada Bernama.
Siti Zaleha turut melahirkan kekecewaan dengan kerja pembaikan susulan insiden pertama dahulu yang didakwa agak perlahan. "Bila jadi seperti ini, nak tidur pun tak senang, takut keadaan boleh mengancam nyawa. Kalau hujan, kami bertambah risau kerana tanah semakin mendap," katanya.
Seorang lagi penghuni, L.Vijayan, 31, turut berasa kecewa kerana menganggap kerja membaik pulih melibatkan pembinaan tembok sementara itu hanyalah penyelesaian jangka pendek.
"Pada kira-kira 2 pagi, saya dapat tahu ada paip pecah, masa itu hujan lebat tapi saya tidak sangka keadaan akan jadi seteruk ini sebab anggap tembok sementara yang dibina boleh bertahan, tetapi keadaan jadi sebaliknya," katanya. Sementara itu, seorang penghuni blok A yang hanya mahu dikenali sebagai Pong, 57, mendakwa kawasan berhampiran pangsapurinya menunjukkan kesan mendapan.
"Saya harap pihak berwajib dapat ambil tindakan secepat mungkin untuk menjamin keselamatan penduduk," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati sebahagian tanah yang runtuh itu memasuki bahagian belakang deretan rumah teres terletak tidak jauh dari blok B pangsapuri berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu dan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kejadian masih disiasat, katanya. -BERNAMA

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net