Powered by Jasper Roberts - Blog

[Girls] Awak Benci Datang Period Ke?

2 comments



Sebagai seorang perempuan yang normal, period ataupun haid memang tak dapat dielakkan ketika umur dah mencapai usia baligh. Pada kebiasaannya, bila datang jek haid, mesti akan rasa senggugut yang melampau bagi sesetengah perempuan dan simptom-simptom sakit yang lain yang kaum Hawa rasa seperti lenguh satu badan, pening kepala dan sebagainya.



Tapi, kerana kita tak suka bila setiap kali period jek mesti senggugut, boleh ke kita membenci kedatangan haid?


Ni yang apa aku baca dari sebuah buku Fiqh Wanita oleh Usrah Thaqafi, dia jawab :


Seseorang wanita yang membenci dengan kedatangan haid pada dirinya adalah berdosa. Ia dianggap cetek ilmu pengetahuan.

Sebenarnya, kedatangan haid menandakan kesuburan organ peranakan wanita dan amat penting bagi kaum wanita itu sendiri. Tanpa kedatangan haid, mungkin organ peranakannya bermasalah dan mungkin menandakan wanita itu mandul.

Oleh itu kaum wanita mestilah redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah S.W.T.  Sabda Rasulullah S.A.W : " Susungguhnya ini adalah suatu urusan yang telah ditentukan oleh Allah kepada perempuan-perempuan keturunan Adam."




Sepatah kata Iman Hayfa :

Petang tadi saja bosan-bosan membelek buku fiqh Wanita tu semula, dan tetiba terasa nak sharekan ilmu ni kat kaum Hawa yang lain. Aku bersyukur aku normal lagi, alhamdulillah =)

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012

3 comments




Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac 2013 (Khamis)
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.
Taipkan:
SPM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran & SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran
SPM 950527031543 MA222A333
SMS ke
15888
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Asal Sebenar Mi Segera

3 comments

Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. 
Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera.
Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.





Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen.

Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat.

Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.
 


Momofuku Andō

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.

Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.

Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka.

Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi.

Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.






Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).

Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.

Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.

Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.





China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion.

Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.





Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi.

Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand.

Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi.

Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net