Powered by Jasper Roberts - Blog

Haiwan Paling Berbahaya

5 comments

Salam semua, hari ini nak kongsikan kepada korang 7 Haiwan paling berbahaya yang mesti kita mengetahui. Haiwan-haiwan pemangsa ini adalah sangat agresif dan mempunyai kekuatan untuk membunuh. Mari kita lihat:

1. Belut Laut 

Gigitan kuat dari gigi tajam belut laut dapat mengakibatkan luka serius yang rentan terkena infeksi bakteri dari mulut hewan primitif ini. Belut ini kerap bersembunyi di celah-celah dan lubang karang pada siang hari dan berburu makanan di malam hari. Para ahli kelautan menyarankan penyelam untuk menjauhkan tangan dari celah atau lubang mencurigakan untuk menghindari serangan. Satu lagi, jangan pernah memberi makan hewan ini jika tidak mau diserang oleh kawanannya.


2. Singa Laut 

Singa laut dapat digolongkan sebagai binatang imut, mudah dilatih, dan banyak menjadi bintang di beberapa kebun binatang. Kendati begitu, hewan ini tak jarang pula menyerang manusia. Di California, AS, beberapa kasus serangan singa laut dilaporkan terjadi di pantai Manhattan, Newport, dan San Francisco pada 2006. Beberapa ilmuwan setempat mengatakan perilaku singa laut sulit diduga dan dapat tiba-tiba menjadi agresif. 


3. IKAN PARI-PARI

Nama hewan ini begitu banyak menyita perhatian dunia semenjak kematian tragis ahli biologi sekaligus pembawa acara "Crocodile Hunter" Steve Irwin pada 2006. Ekor ikan pari yang berbentuk seperti tombak dan mengandung banyak racun telah menusuk Steve dan membuatnya mengalami gagal jantung.



4. Buaya Air Asin 

Buaya air asin memiliki reputasi sebagai salah satu pemangsa paling ganas di dunia . Hewan yang dapat tumbuh hingga lebih dari enam meter dan berbobot 1.500 kilogram ini memiliki beragam mangsa, antara lain monyet, kanguru, banteng, ikan hiu, dan bahkan manusia. Dengan menggunakan kekuatan dahsyat, buaya air asin menggigit sambil memutar-mutar mangsanya di dalam air untuk melumpuhkan dan kemudian memakannya. 


5. Ikan Singa 

Menjadi ikan favorit penghuni aquarium, ikan singa terkenal dengan duri-durinya yang beracun. Walaupun tidak terlalu mematikan pada manusia, racunnya dapat mengakibatkan sakit kepala, muntah-muntah, dan gangguan pernafasan. Menurut beberapa laporan, gejala tersebut berlangsung selama beberapa minggu.


6. Ular Laut 
Ketakutan dasar manusia pada ular menempatkan spesies ini pada daftar hewan laut berbahaya. Namun pada kenyataannya ular laut ini hidup tersembunyi di laut dan tidak terlalu mengancam kehidupan manusia. Kendati begitu, racun ular ini tetap saja menjadi momok menakutkan. Dalam sekali gigitan, racun ular ini mampu melumpuhkan mangsa dan membunuhnya dalam hitungan detik. 


7. Ikan Buntal 
Racun mematikan bernama Tetrodotoxin (TTX) terkandung dalam ikan berbadan gendut ini. Racun yang lebih kuat dari sianida tersebut mengakibatkan kesulitan bernafas pada seseorang sebelum berujung pada kematian. Yang unik, sejumlah koki profesional di Jepang memisahkan bagian daging yang bisa dikonsumsi dari ikan buntal sebagai hidangan dengan cita rasa tinggi. 



Sumber : CVK

3 Fakta Mengapa Restoran Mamak Sangat Popular

10 comments



3 Fakta Mengapa Restoran Mamak Sangat Popular - Kenapa restoran India muslim atau dikenali sebagai Mamak di negara kita cukup popular terutama sekali apabila bercerita mengenai masakan dan gerai-gerai mamak yang bukan sedikit wujudnya di Malaysia. 

Apakah kekuatannya?

Masyarakat mamak atau disebut ‘mapley’ di Malaysia adalah keturunan Tamil-Muslim yang berwarganegara Malaysia.

Berabad dahulu, masyarakat India Muslim ini kebanyakkannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara.

Kehadiran masyarakat India Muslim yang dianggap sebahagian daripada masyarakat India Malaysia ini melengkapkan lagi perpaduan kaum di negara kita.

Sama seperti penerimaan golongan ini ke Malaysia, begitu jugalah makanan mamak yang disajikan.





1. Beroperasi 24 jam

Carilah diceruk manapun, pasti gerai dan restoran mamak ini sentiasa beroperasi 24 jam.

Mungkin ini juga penariknya mengapa masakan mamak semakin diterima pelbagai golongan.

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga yang ‘ketagih’ dengan makanan mamak.

Suatu ketika dahulu, orang India Muslim hanya berniaga nasi kandar secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dan kemudiannya menawarkan minuman.

Ia kemudiannya dikembangkan kepada gerai yang lebih besar sehingga ke konsep restoran serta mempelbagaikan hidangan dengan operasi 24 jam.




Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan berdasarkan usaha gigih seseorang pengusahanya.

Industri restoran mamak mampu menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun berdasarkan kajian terhadap lebih 7,500 restoran mamak di negara ini.

Konsep makanan sepanjang masa pada harga berpatutan menjadi kunci utama kepada kejayaan tersebut.






2. Trend budaya masyarakat baru

Kewujudan restoran atau kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari bukan sekadar menyediakan kemudahan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar, tetapi fungsinya kini lebih daripada itu apabila turut dijadikan tempat bertemu, melepak dan mengadakan perbincangan dengan kenalan.

Kini, impaknya lebih drastik apabila turut disediakan perkhidmatan wifi yang membolehkan mereka online secara percuma walaupun hanya sekadar minum segelas teh tarik.

Suasana di restoran ini ‘hidup’ sepanjang hari tanpa mengira siang mahupun malam.





3. Selera pengguna

Dulu, masakan dan gerai-gerai mamak lebih popular di Pulau Pinang sahaja di mana cukup terkenal dengan nasi kandar.

Namun kini, pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa.

Daripada nasi kandar, makanan berlauk dan bergoreng, makanan ringan, hidangan Asia serta Barat sehingga ke pastri dan kek, semunya tersedia di sini mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan yang melibatkan masyarakat berbilang bangsa.

Pensyarah Antropologi Sosial di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sarjit S. Gill, berkata, kewujudan restoran mamak 24 jam ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di negara ini.

Ia menggambarkan kehadiran restoran mamak 24 jam ini sebagai salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru yang mengalami evolusinya yang tersendiri.




Sumber :CKV

Gambar Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah

11 comments


Gambar Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah - Satu kumpulan yang mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah dipercayai menjadi dalang di sebalik pencerobohan kira-kira 100 warga asing bersenjata ke Lahad Datu, Sabah, seorang pegawai Moro dipetik sebagai berkata.
Sabah di ceroboh, Pencerobohan kumpulan bersenjata di sabah, Gambar kumpulan bersenjata di sabah, 
“Laporan belum disahkan dari sumber-sumber kami berkata bahawa satu kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu adalah di sebalik kehadiran kumpulan bersenjata yang tidak dibenarkan itu,” kata satu sumber yang enggan mendedahkan identiti kepada akhbar Gulf News.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi.

Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu  sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Kesultanan berkenaan pernah wujud sebagai sebuah kerajaan yang kuat dengan pengaruh menjangkau dari Borneo, Selatan Filipina ke bahagian Visayas. Semasa kemuncak kuasanya dalam tahun-tahun 1700, Kesultanan berkenaan berkuasa ke atas wilayah kini dikenali sebagai Mindanao dan timur Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu.

“Pasukan keselamatan kami dan pegawai pertahanan sedang berhubung dengan rakan-rakan mereka di Malaysia dalam hal ini,” Hernandez berkata.

Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

Kumpulan Abu Sayyaf kini melarikan diri dari operasi yang digerakan oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro dalam wilayah selatan Filipina.

Abu Sayyaf menahan beberapa tebusan termasuk warga Jordan, Baker Atyani yang merupakan Ketua Biro Asia Tenggara Stesen Televisyen Al Arabiya yang berpangkalan di Dubai serta dua peminat burung warga Eropah dan dua orang warga Filipina.

Sementara itu, laporan Bernama dari Papar, Sabah menyebut, Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik, termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina di perairan negara di Lahad Datu.

Sambil menegaskan keadaan di Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah terkawal, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu penting bagi memastikan kumpulan yang berjumlah antara 80 dan 100 anggota itu “keluar dengan selamat ke Selatan Filipina”, sekali gus mengelak pertumpahan darah.

“Ini yang kita nak kerana mereka ada juga saudara mara di sini…jadi kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban dan sebab itu kita minta mereka balik dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Dalam menghadapi situasi genting itu, Najib, yang dimaklumkan tentang kejadian itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pagi ini, berkata: “anggota polis kini bertindak atau merupakan bulatan pertama mengepung kawasan tersebut dan bulatan kedua terdiri daripada pasukan anggota tentera.

“Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan mereka supaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina,” katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, Najib berkata: “Lebih kurang kita sudah kenal pasti “.

“Tapi biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan. Sebab mereka tak boleh ke mana, mereka dikepung…mereka tidak ada pilihan dan perlu cari jalan penyelesaian,” katanya.

Apabila ditanya sama ada kumpulan itu bersenjata atau sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis dan “jangan buat spekulasi”.

“Kita bukan mendedahkan maklumat dalaman…biar polis jalankan kerja mereka tanpa diganggu mana-mana pihak. Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah,” katanya.

Mengenai tahap keselamatan dan kawalan di perairan negara terutama pantai timur Sabah, Najib berkata perairan Malaysia amat luas tetapi apa yang penting ialah “kita dapat maklumat cepat”.

“Kita mengepung mereka, bila dapat mengepung mereka, mereka tidak boleh ke mana. Kita mesti sedar lautan kita luas dan kita tidak boleh berada di setiap masa sentiasa 24 jam,” katanya sambil menambah pihak berkuasa kerajaan Malaysia sudah memaklumkan kejadian itu kepada kerajaan Filipina.– BERNAMA


Admin: Moga perkara ini dapat di selesaikan tanpa pertumpahan darah...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net