Powered by Jasper Roberts - Blog

Nenek diugut Cucu dengan Sabit

1 comments



Seorang penganggur yang mengugut mencederakan neneknya dengan sabit mendapat balasan apabila dia dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman terhadap Wan Muhamad Fakhriain Wan Mohd Azhar, 21, dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Dia didakwa mengugut Zainab Yaakub dengan sabit di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini, jam 11 pagi, 19 November lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah menyebabkan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor memutuskan hukuman itu dan berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan.

Sebelum itu, Wan Muhamad Fakhriain pergi ke tempat kerja ibunya dan mengamuk di sana sebelum disuruh pulang tetapi mengamuk pula di rumah serta cuba mencederakan Zainab dengan sabit.

Zainab yang takut dengan perlakuan agresif cucunya itu bertindak melaporkan kepada polis. Tertuduh ditahan hari sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

Rezeki Fasha Sandha makin bertambah semasa mengandung

1 comments



Kehadiran bayi sulung yang dikandung Pelakon Fasha Sandha sepanjang empat bulan setengah memberikan tuah dan rezeki buatnya dan keluarga.
Anak Di Kandungan Beri Tuah Buat Fasha Sandha.
Walaupun Fasha Sandha sudah berehat daripada sebarang aktiviti lakonan, namun dia mendapat tawaran untuk menjadi duta kepada dua produk iaitu kecantikan dan barangan bayi.

"Alhamdulillah, anak ini memberikan tuah kepada kami sekeluarga. Ada sahaja rezeki yang datang. Contohnya, saya sudah ditawarkan untuk menjadi duta kepada dua produk selepas bersalin nanti.

"Malah, setiap perkara yang dilakukan mesti menjadi lebih mudah dan orang selalu mendahulukan saya daripada pelbagai segi apabila berada di luar," katanya.

Tuah ini juga turut dikongsi oleh suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang berlangsung pada 15 dan 16 November lalu.

"Ini merupakan kemenangan yang bermakna sejak mendapat tempat ketiga pada tahun 2004 dan saya percaya kejayaannya itu dek kerana rezeki anak yang dikandungkan ini.

"Selain itu, anak ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah," tuturnya yang enggan mendedahkan jantina anak itu.

Sementara itu, Fasha berkata, selepas bersalin nanti, dia akan menjalani tempoh berpantang selama 100 hari.

Dia juga percaya penjagaan yang rapi selepas bersalin amatlah penting untuk mendapatkan tubuh badan asal.

"Saya lebih senang mengikut cara tradisional dalam berpantang, risau juga kalau berat badan naik," ujarnya.

Sumber Mstar

Senarai Penuh Pemain Malaysia Piala AFF Suzuki 2012

2 comments

Senarai penuh Pemain Malaysia Piala AFF Suzuki 2012 telah pun dikeluarkan. Berikut merupakan 22 senarai Pemain yang layak untuk menyarung jersi Malaysia pada perlawanan Piala Suzuki 2012.

Senarai 22 Pemain Malaysia: 
1 .Baddrol Bakhtia 
2 .Fakri Saarani
3. Khyril Muhymeen
4. Wan Zack
5. S. Kunanlan
6. Azamuddin Akil
7. Hazwan Bakri
8. Safiq Rahim
9. Shakir Shaari
10. Gary Steven Robbat
11. Farizal Marlias
12. Safee Sali
13. Zubir Azmi
14. Azmi Muslim
15. Bunyamin Umar
16. Mahali Jasuli
17. Norshahrul
18. Amar Rohidan
19. Fadhli Shas
20. Faizal Muhamad
21. Aidil Zafuan
22. Khairul Fahmi

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net