Powered by Jasper Roberts - Blog

KL Gangster Vs Crow Zero

6 comments

Apa macam??hihihi, layan jelah okey...



Sinopsis Filem Ombak Rindu 2011

14 comments





Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

Filem Ombak Rindu akan mula ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011.




keyword:
film ombak rindu , filem ombak rindu , video ombak rindu , download video ombak rindu , kutipan filem ombak rindu , pelakon filem ombak rindu , novel filem ombak rindu , lirik lagu ombak rindu , karya ombak rindu , jalan cerita ombak rindu , jadual filem ombak rindu , free download ombak rindu , ombak rindu filem , ombak rindu mp3 , ombak rindu lirik , ombak rindu download , ombak rindu 9 juta kutipan , gambar filem ombak rindu filem , filem ombak rindu full movie , filem ombak rindu full download movie , filem ombak rindu3gp full movie , filem ombak rindu full avi mpg movie , award ombak rindu full movie ,

Jom Rembat Aedes!

8 comments

Teringat koz masa koz zaman sekolah menengah dulu. Pernah sekali koz menghadapi demam yang berpanjangan. Time tu memang tak larat sangat nak bergerak dengan keadaan yang tak bertenaga dan kepala sakit sangat.

Bila keadaan makin teruk koz pun pergilah klink kesihatan. Bila doktar cek je terus dapat kputusan yang koz kena denggi...huhu nak tak nak terpaksa ar beri darah koz untuk mereka jalani ujian, sah-sah lepas tu memang benar apa yang doktor tu katakan.

Kalau korang tak tahu lagilahkan Demam denggi disebarkan oleh nyamuk Aedes dari darah orang yang dijangkiti ke mangsa gigitan seterusnya. Cara paling berkesan membanteras denggi adalah dengan menghalang nyamuk Aedes dari membiak. Aedes biasanya membiak dalam takungan air, contohnya di tempat seperti:


  • Parit & longkang bumbung yang tersumbat
  • Tayar terpakai, beg plastik, bekas dan sampah yang menakung air
  • Pasu jambangan bunga
  • Baldi/penyiram yang dibiar terbuka
  • Lembaran kanvas yang menakung air
  • Pokok berpasu yang tanahnya sudah keras
  • Dulang takungan di bawah unit penghawa dingin
  • Hiasan air


Anda boleh menghindari denggi dari berleluasa dengan mengikut petua berikut:


  • Pastikan tiada air bertakung di kawasan kebiasaan pembiakan Aedes
  • Jika takungan air diperlukan, maka tambah ubat jentik-jentik ke dalamnya, atau tambah minyak ke permukaan air, atau tukar air takungan selalu.
  • Gunakan ubat nyamuk, semburan racun serangga atau kelambu bila anda berada di dalam rumah/bangunan.
  • Gunakan bam penghalau nyamuk sekiranya berada di kawasan luar yang banyak nyamuk
  • Jika anda tiada di rumah untuk tempoh yang panjang, pastikan lubang parit ditutup, penutup tandas diturunkan dan tambahkan ubat jentik-jentik ke pasu jambangan bunga, kolam mandi dan lain-lain bekas air terbuka
  • Bergotong-royong bersama jiran tetangga untuk membersihkan kawasan-kawasan berpotensi menjadi sarang biakan Aedes
  • Jika anda mengesyaki terdapat kawasan pembiakan Aedes di dalam kawasan anda seperti di rumah terbiar, tapak pembinaan, kilang atau bangunan roboh, maka hubungi pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan segera.


Proaktiflah dalam mencegah pembiakan Aedes. Tindakan pantas anda adalah penting demi menghalang penularan wabak demam Denggi.

Beringat-ingatlah yea...Sayangilah diri sendiri...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net