Powered by Jasper Roberts - Blog

Jom Rembat Aedes!

8 comments

Teringat koz masa koz zaman sekolah menengah dulu. Pernah sekali koz menghadapi demam yang berpanjangan. Time tu memang tak larat sangat nak bergerak dengan keadaan yang tak bertenaga dan kepala sakit sangat.

Bila keadaan makin teruk koz pun pergilah klink kesihatan. Bila doktar cek je terus dapat kputusan yang koz kena denggi...huhu nak tak nak terpaksa ar beri darah koz untuk mereka jalani ujian, sah-sah lepas tu memang benar apa yang doktor tu katakan.

Kalau korang tak tahu lagilahkan Demam denggi disebarkan oleh nyamuk Aedes dari darah orang yang dijangkiti ke mangsa gigitan seterusnya. Cara paling berkesan membanteras denggi adalah dengan menghalang nyamuk Aedes dari membiak. Aedes biasanya membiak dalam takungan air, contohnya di tempat seperti:


  • Parit & longkang bumbung yang tersumbat
  • Tayar terpakai, beg plastik, bekas dan sampah yang menakung air
  • Pasu jambangan bunga
  • Baldi/penyiram yang dibiar terbuka
  • Lembaran kanvas yang menakung air
  • Pokok berpasu yang tanahnya sudah keras
  • Dulang takungan di bawah unit penghawa dingin
  • Hiasan air


Anda boleh menghindari denggi dari berleluasa dengan mengikut petua berikut:


  • Pastikan tiada air bertakung di kawasan kebiasaan pembiakan Aedes
  • Jika takungan air diperlukan, maka tambah ubat jentik-jentik ke dalamnya, atau tambah minyak ke permukaan air, atau tukar air takungan selalu.
  • Gunakan ubat nyamuk, semburan racun serangga atau kelambu bila anda berada di dalam rumah/bangunan.
  • Gunakan bam penghalau nyamuk sekiranya berada di kawasan luar yang banyak nyamuk
  • Jika anda tiada di rumah untuk tempoh yang panjang, pastikan lubang parit ditutup, penutup tandas diturunkan dan tambahkan ubat jentik-jentik ke pasu jambangan bunga, kolam mandi dan lain-lain bekas air terbuka
  • Bergotong-royong bersama jiran tetangga untuk membersihkan kawasan-kawasan berpotensi menjadi sarang biakan Aedes
  • Jika anda mengesyaki terdapat kawasan pembiakan Aedes di dalam kawasan anda seperti di rumah terbiar, tapak pembinaan, kilang atau bangunan roboh, maka hubungi pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan segera.


Proaktiflah dalam mencegah pembiakan Aedes. Tindakan pantas anda adalah penting demi menghalang penularan wabak demam Denggi.

Beringat-ingatlah yea...Sayangilah diri sendiri...

Luahan Hati Ku Untuk Mu

8 comments



Kesunyian amat sangat bila mu tiada di sini...

Tak mampu ku menahan kerinduan ini...

Setiap saat setiap masa setiap waktu ku terbayangkan mu...

Ku tahu ku banyak melakukan kesilapan dan kesalahan...

Ku tahu, ku sentiasa meyeksa perasaan mu...

Maapkan ku...

Maapkan ku...

Maapkan ku...

Tak terlintas di hati ku menyeksa diri mu...

Mungkin semua ini berlaku kerana Tuhan ingin menguji perjalanan cinta kita...

Ku Sepi bukan tanda ku tidak menyayangi diri mu...

Ku teramat menyayangi mu lebih dari nyawaku sendiri...

Ku hanya berserah kepadaNya...

Moga menyatukan kita kembali dengan penuh kebahagian seperti waktu dulu...

Berikan ku masa untuk memperbetulkan kembali keadaan ini..

Akhir kata...Pa sayangkan Ma...

Ikhlas dariku: Wan Md Hasrul

Penggambaran Filem Mael Lambong

6 comments

Mael Lambung, Pengarah yang terkenal iaitu Ahmad Idham dalam proses membuat filem Mael Lambung yang di bintangi oleh pelakon utama iaitu Zizan Raja Lawak dan juga menampilkan Juliana Evans sebagai penyiasat dan juga Toqq iaitu kawan baik Zizan dalam filem Hantu Bonceng.Filem ini juga dilakonkan oleh beberapa artis yang lain.

Apa yang koz tahu, penggambaran kini sedang giat dijalankan di sekitar Terengganu. Dan di sini koz lampirkan beberapa gambar sekitar pengambaran Filem Mael Lambong ini.




Sesamalah kita nantikan Filem ini di pawagam okey.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net