First sekali anda haruslah menggunakan template yang simple dan kemas, kalau boleh code htmlnya senang di baca dan tidak berterabur. Kerana setiap template yang biasa koz download di laman sesawang, koz perhatikan penggunaan code HTMLnya tidak menepati cita rasa atau lebih senang sukar untuk di pahami. Jadi kalau boleh anda cari template yang codenya teratur seperti contoh code di bawah:
/* Sidebar Content----------------------------------------------- */
.sidebar{
margin:0 0 10px 0;
color:#424345;
font-size:13px;
}
.sidebar a{
text-decoration:none;
color:#424345;
}
.sidebar a:hover{
text-decoration:underline;
color:#97BA30;
}
Yang kedua reka header yang bersesuaian dengan blog anda, kerana benda pertama yang akan di pandang atau di fokus oleh pengunjung adalah pada header blog yang mereka kunjung.Serapkan ciri-ciri blog anda di bahagian header.Maksud koz jika blog anda mengenai resepi kuih tradisional, anda haruslah letakkan gambar kuih di header anda kerana setiap pengunjung yang melihat header anda akan tahu ciri-ciri blog anda.
Yang ketiga widget follower, widget ini amatlah penting untuk anda aktifkan di blog kerana widget ini memudahkan pengunjung untuk mengikuti perkembangan semasa blog anda jika enty bru di update.Anda juga haruslah rajin follow blog-blog yang lain dan jika boleh balas setiap follow yang di buat pengunjung blog anda kerana dengan cara ini membuktikan tanda terima kasih anda kepada mereka.
Yang keempat widget shoutbox, di sini dalam pemerhatian koz. Penggunaan Shoutbox amat memudahkan pengunjung untuk meninggalkan jejak mereka di blog yang di kunjungi.Dengan cara ini juga anda akan mengenali dunia baru atau lebih senang di fahami setiap pengunjung yang hadir di blog anda ada pelbagai kelompok. Jika anda membalas kunjungan pada seorang pengunjung anda pasti akan memperolehi dua atau tiga pengunjung baru ke blog anda. Cara terbaik untuk mendapat pengunjung anda haruslah rajin berblogwalking.Setiap kunjungan anda haruslah menggunakan link entry terkini blog korang.
Yang kelima menggunakan widget yang penting sahaja di bahagian sidebar. Di sini koz sarankan kepada anda kalau boleh menggunakan widget-widget yang penting sahaja.Widget yang koz sarankan adalah:
1. Google Friend Connect (Follow)
Widget ini dapat membantu pengunjung anda mengetahui perkembangan semasa blog anda.
2. Shoutmix/Cbox
Widget ini boleh membantu pengunjung anda meninggalkan jejak mereka di blog anda serta dapat meningkatkan trafik di blog korang.
3. Stat/ Online User
Widget ini penting untuk memudahkan anda mengetahui jumlah pelawat yang berada di bloh anda dari masa kesemasa.
4. Latest Entry
Widget ini memaparkan entry yang terkini di dalam blog anda.
5. Blog Link List
Widget ini penting juga untuk blog anda dan di ingatkkan jangan meletakkan list terlalu banyak kera ia akan memberatkan blog anda.
6. Feedburner
Widget ini untuk mudahkan pengunjung blog anda supaya tidak ketinggalan setiap entri yang dipublish oleh anda.
7. Top Commentator
Widget ini akan mempamirkan list nama pengunjung anda yang kerap meninggalkan komen di blog anda.
8. Search Box
Widget ini memudahkan pengunjung blog anda mencari entry yang ingin dicari oleh mereka di dalam blog anda.
Yang keenam penggunaan warna dalam blog.Warna merupakan elemen yang penting dalam template sebuah blog. Penggunaan warna yang sesuai akan mampu menjadikan blog anda nampak menarik, unik dan memberi keselesaan kepada pengunjung anda. Oleh itu, pastikan anda memilih warna yang bersesuaian dengan blog anda.
Yang ketujuh meletakkan gambar di setiap entry. Benda ini telah koz cuba alhamdulillah hasilnya amatlah memuaskan. Okey, setiap kali anda membuat entry.Pada permulaan anda haruslah meletakkan gambar yang bersesuaian dengan tajuk entry anda dan jika boleh renamekan nama gambar berkenaan dengan nama yang bersesuaian dengan tajuk entry tersebut sebagai contoh, entry anda berkenaan "harimau malaya mengganas" jadi renamekan gambar berkenaan cth:harimau-malaya,amukkan-malaya,harimau-malaya-mengamuk. Dengan cara ini gambar yang di pamirkan akan mudah terindex ke laman search engine.
Okey ini serba sedikit tips dari koz untuk korang, moga ilmu yang koz kongsi ini dapat membantu korang untuk memajukan lagi blog masing-masing.
p/s: Next tips akan koz kongsikkan okey, koz ngah buzy wat animation kartun ni...kene siapkan^^...