Sebuah program kejutan yang dihoskan oleh Taukey Raja Lawak dan ditemani, Man Belon. Taukey dan Man Belon akan mengenakan artis-artis melatah seperti Opie Zami, Nana, Nadia Mustapha, Jaafar Onn, Maya, Ropie, Norliah Ghani, Mak Jah dan Enot semasa sambutan hari raya pada tahun ini di beberapa lokasi seperti di rumah, pejabat dan rumah kenalan.