Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label gambar stacy di AIM. Show all posts
Showing posts with label gambar stacy di AIM. Show all posts

Stacy teringin untuk berlakon

1 comments


PENYANYI wanita yang terkenal dengan kelincahannya menari, Stacy atau nama sebenarnya, Stacie Angie Anam, 22, teringin untuk berlakon filem atau drama untuk melebarkan lagi sayapnya dalam bidang seni ini.

“Saya ada juga keinginan serta berminat untuk berlakon selain daripada menyanyi saja, tetapi ada saja kekangan kerana saya sangat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk terikat dengan komitmen seni yang lain buat masa ini.

“Lagi satu halnya ialah saya jenis suka fokus dalam melakukan sesuatu kerja dan biarlah buat masa ini saya tumpu pada bidang nyanyian dulu.

“Kalau nak berlakon pun saya kena baiki dulu loghat Sabah yang sememangnya pekat dan menebal dalam diri saya,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Stacy kini dalam proses untuk menghasilkan mini albumnya yang akan mengandungi lagu-lagu yang lebih berentak santai dan relaks untuk peminatnya.

“Walaupun sebelum ini saya lebih dikenali dengan lagu-lagu yang berentak ‘fast’ tetapi apabila saya keluar dengan lagu yang lebih berunsur balada contohnya seperti Kisah Dongeng, syukur peminat dapat menerima perubahan itu kerana sebagai seorang penyanyi, saya nak buktikan kekuatan vokal yang saya ada dan selalunya lagu berentak balada dilihat dapat menguji sejauh mana kehebatan suara seseorang penyanyi itu,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pengumuman Senarai Pendek Calon Anugerah Industri Muzik ke-19.

AIM kali ini Stacy tercalon untuk tiga kategori iaitu Album Terbaik (Stay-C), Video Muzik Terbaik (Pelangi Senja arahan Ghaz Abu Bakar) dan Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Kasanova).

Bercakap mengenai pencalonannya kali ini, Stacy menyatakan, “saya sangat menyukai video muzik lagu Pelangi Cinta yang bagi saya sangat unik serta lagunya yang mendayu tapi saya tidak meletak harapan yang terlalu tinggi untuk semua kategori yang dicalonkan."

"Tercalon sebagai finalis pun saya sudah rasa cukup bersyukur," katanya.

Stacy juga menyatakan yang dia baru kembali dari kampung halamannya di Sabah selepas berehat selama sembilan hari akibat demam campak yang dihadapinya.

“Sekarang jika tidak terikat dengan sebarang aktiviti seni, saya lebih senang menghabiskan masa di rumah bersama anak angkat yang kini sudah berusia sembilan bulan, Bella Valentina yang turut dijaga oleh ibu saya,” katanya yang kini semakin sibuk dengan pelbagai undangan persembahan pentas.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net