Maisarah cukup terkenal dengan sikap kedekutnya. Bukan sahaja dengan rakan-rakan tetapi dia turut kedekut dengan keluarganya sendiri. Maisarah bekerja di kilang tetapi dalam masa yang sama dia turut melakukan pelbagai perniagaan seperti menjual kain batik, gincu, minyak wangi tiruan, cincin dan gelang.