Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Pengamal perubatan Islam tidak mengaku tuduhan merogol. Show all posts
Showing posts with label Pengamal perubatan Islam tidak mengaku tuduhan merogol. Show all posts

Pengamal perubatan Islam tidak mengaku merogol

1 comments


Gambar Hiasan
Pengamal perubatan Islam mengaku tidak salah tuduhan rogol.
Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pengamal perubatan Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang wanita, akhir bulan lepas.

Muhammad Sombhah Abdullah, 48, dituduh merogol seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah rumah, di sebuah kampung di Labu, Nilai dekat sini antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang pada 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Datin M. Kunasundary membenarkan Muhammad Sombhah diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga diarah melapor diri pada setiap 1 haribulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mangsa dan keluarganya.

Terdahulu, Hakim Kunasundary membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin supaya pihak media dilarang menyiarkan nama mangsa, identiti keluarga dan alamatnya dalam apa-apa bentuk saluran bagi menjaga imej mangsa.

Muhammad Sombhah diwakili peguam Hanif Hassan dan Haris Salleh. - Bernama

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net