Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Kelantan Yakin Juara Piala Malaysia 2012. Show all posts
Showing posts with label Kelantan Yakin Juara Piala Malaysia 2012. Show all posts

Kelantan Yakin Merangkul Piala Malaysia 2012

2 comments



Kelantan kini berada di kemuncak prestasi dalam kempen melengkapkan kutipan gelaran musim ini termasuk merangkul Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Jurulatihnya Bojan Hodak berkata anak buahnya mempunyai motivasi yang cukup tinggi untuk menjuarai piala berprestij itu buat kali kedua selepas 2010.

Pasukan yang bergelar 'The Red Warriors' itu akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final.

"Saya tidak fikir pemain tertekan sejak merangkul gelaran Liga Super dan Piala FA musim ini. Matlamat saya adalah bagi memastikan pemain memberi persembahan terbaik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurusan pasukan di sini, Jumaat.

Jurulatih Croatia berusia 41 tahun itu memperjelaskan bahawa ketiadaan dua tonggak utama, penyerang Mohamed Ghaddar Mahmoud dan pemain tengah Nurfarhan Muhammad, kerana digantung satu perlawanan, tidak akan menjejaskan keupayaan pasukan itu.

"Kami tidak bergantung kepada dua pemain ini untuk menghasilkan gol kerana pemain seperti Indra Putra Mahayuddin dan kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi boleh menggalas tanggungjawab itu," katanya. Hodak berkata ATM bergantung kepada Marlon Alex James untuk menjaringkan gol dan beliau yakin kemenangan akan ditentukan dalam masa 90 minit perlawanan.

Sementara itu, jurulatih ATM, B. Sathianathan yakin anak didiknya mampu bermain dengan sepenuh tenaga sekiranya perlawanan itu berlanjutan ke masa tambahan.Beliau turut menolak pandangan Hodak mengenai kebergantungan pasukannya terhadap Marlon untuk menjaringkan gol.

"Jika mereka (Kelantan) berhajat untuk menyekat Marlon daripada menjaringkan gol, saya tidak kisah kerana saya telah menilai beberapa pemain yang mampu menyumbang gol," katanya.

Bagi kapten pasukan Hairuddin Omar, beliau tidak meletakkan sasaran peribadi untuk memenangi Piala Malaysia buat kali kelima bersama pasukan ATM.

Untuk rekod, pemain berusia 32 tahun itu pernah menjulang Piala Malaysia bersama negeri kelahirannya Terengganu pada 2001, Negeri Sembilan (2009 dan 2011) serta Kelantan (2010).

Kedua-dua pasukan mengadakan sesi latihan terakhir dengan Kelantan memilih Wisma FAM di Kelana Jaya manakala ATM berlatih di Kompleks Sukan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang. -BERNAMA

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net