Raja Azura atau dengan panggilan Kak Engku iaitu penyampai radio Sinar FM dan pelakon tidak akan mencari pengganti di kalangan suami orang kerana prinsipnya enggan hidup bermadu.
"Terus terang jika ingin mencari pengganti, saya tidak mahu cari di kalangan mereka yang sudah berkahwin dan saya tidak mahu hidup bermadu.
"Ia telah menjadi prinsip hidup saya dan rasanya saya bukan insan yang terpilih untuk hidup berpoligami,"
Dalam pada itu, Raja Azura tidak menafikan ada lelaki yang cuba mendekatinya sejak dia berpisah dengan Adzmin Osman. Bagaimanapun dia lebih selesa dengan kehidupan solonya kini. Malah tumpuannya adalah kepada anak-anak selain kerjaya sebagai penyampai radio Sinar FM.