Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad kahwin pada 2014 itulah perancangan Shila Amzah akan hubungannya bersama Sharnaaz Ahmad. Selepas muncul juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 di China minggu lalu, semakin ramai yang membuat tanggapan Shila akan berkahwin dalam tahun ini juga.
Bagaimanapun, Shila mempunyai masa yang sudah disasarkan untuk menamatkan status bujangnya.
“Saya tahu ada yang bertanya soal kahwin memandangkan saya dan Shaarnaz sudah pun membuka cerita tentang itu sebelum kejayaan di China. Saya tak marah kerana hubungan antara kami itu pun berlaku tanpa disedari sejak tahun lalu.
“Rancangan nak berkahwin itu memang ada. InsyaAllah tak ada aral, kami bersatu pada tahun 2014. Maknanya ada dua tahun lagi kami nak ke arah itu. Ada masa juga untuk buat persediaan mental dan fizikal,” kata Shila.