Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Gambar Safee Sali bersama awek. Show all posts
Showing posts with label Gambar Safee Sali bersama awek. Show all posts

Gambar Hot ! Safee sali bersama kekasih sebenar

Jom! comments


Ekoran laporan ‘Safee Sali & Julia Hana digosipkan bercinta, cuti di Langkawi‘ yang dingkat sebuah portal hiburan tanah air baru-baru ini, pengurus serta Safee sendiri tampil menepis kenyataan tersebut dengan beberapa fakta.

Sebelumnya Zakaria sendiri menepis kemungkinan itu menerusi artikel ‘Tidak mungkin Safee cuti di Langkawi dengan Julia‘ ini.

Terkini empunya badan sendiri, Safee Sali menidakkan gosip itu kerana beliau tidak pernah berjumpa dengan pelakon wanita Julia Hana. Malah sebagai mengukuhkan kenyataannya, pemain bola sepak kebanggaan ini turut memberitahu beliau sudah ada kekasih baru, namun yang pastinya bukan Julia Hana.

Sehubungan itu beberapa jam lalu, dalam sebuah laman sesawang disiarkan beberapa keping gambar yang memperlihatkan susuk tubuh Safee Sali dengan seorang wanita, dipercayai berada di Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.
Menurut laporan tersebut, menguatkan lagi spekulasi itu, apabila ianya jelas adalah kelibat penyerang Pelita Jaya, Safee Sali. Dilihat kemesraan dan berjalan berpimpinan.

Walaupun dalam kesibukan, Safee berkata dia tidak pernah lagi mengabaikan dua anaknya, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, iaitu hasil perkongsian hidupnya bersama bekas isteri, Sabrina Yusof.

Fitrah sebagai seorang lelaki, pastinya memerlukan seorang wanita, memandangkan idola dan ikon kesayangan ramai rakyat Malaysia itu kini berstatus ‘single’, maka ianya bukan menjadi satu kesalahan, demikin kita doakan kerjayanya terus bersinar seiring dengan kebahagiaannya sekaligus mengharumkan lagi nama negara kelak.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net