Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Gambar Pelagak Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Gambar Pelagak Ngeri. Show all posts

Gempar! Pelagak Ngeri Mati Selepas Terjatuh dari Ketinggian 200 Kaki

Jom! comments


Gempar! Pelagak Ngeri Mati Selepas Terjatuh dari Ketinggian 200 Kaki

Seorang pelaku aksi ngeri meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 200 kaki. Dia hilang keseimbangan badan ketika meniti sayap kapal terbang ketika melakukan aksi ngeri di sebuah pameran udara, lapor The Sun.

Todd Green menjunam sebelum terhempas di hadapan ribuan penonton yang terkejut di Show Selfridge Air, Harrison Township - di utara Detroit, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku apabila dia meniti sayap sebuah kapal terbang untuk menaiki helikopter di atasnya. Ketika berbuat demikian, Green tergelincir sebelum terhempas ke tanah.

Beliau dikejarkan ke sebuah hospital tempatan sebelum diisytiharkan mati. Green ialah anak Eddie "Grip" Green - pelagak ngeri udara legenda.

Kyle Franklin, pelagak ngeri yang juga rakan Green, berkata: "Todd adalah yang terbaik dalam bidang ini dan dia telah melakukan berjam-jam aksi di udara."

Kejadian ini adalah yang ketiga berlaku dalam seminggu di AS dan kes ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.



Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net