Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Aesar Mustafa Di Rompak Dekat Studio. Show all posts
Showing posts with label Aesar Mustafa Di Rompak Dekat Studio. Show all posts

Hot! Aesar Mustafa Di Rompak Dekat Studio

Jom! comments


Seorang artis yang juga merupakan penyanyi,  Aesar Mustafa dilaporkan telah dirompak oleh seorang lelaki berbangsa Melayu berdekatan studionya di Sri Rampai, Setapak, awal pagi semalam.

Menurut Aesar, dia tidak mengalami kecederaan teruk sebaliknya hanya kehilangan wang, dompet berserta telefon bimbit.

“Syukur Alhamdulillah, saya selamat. Perompak itu hanya mengambil dompet dan telefon bimbit saya saja. Saya pun sudah melaporkannya kepada pihak polis pagi tadi,” katanya kepada wartawan.

Mengenai kejadian rompakan itu, Aesar memberitahu perompak berkenaan hampir menumbuknya selepas mengugutnya.

“Selepas bersarapan di sebuah restoran berdekatan studio, dalam perjalanan pulang ke studio dengan berjalan kaki, secara tiba-tiba lelaki berkenaan datang dan bertanyakan saya beberapa soalan. Waktu itu, saya hanya seorang diri saja.

“Dia telah datang kepada saya dan menyamar diri sebagai anggota polis. Saya hampir ditumbuknya. Diaa telah melarikan diri dengan menaiki motosikal. Kalau tidak silap, ada seorang pengawal keselamatan telah nampak rompakan ini.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi. Apa yang saya risaukan sekarang adalah saya kehilangan nombor contact kawan-kawan saya.

Kepada kenalan yang menyimpan nombor saya yang 010- diharap anda semua berhati-hati. Takut-takut dia sedang mencari mangsa yang lain,” jelasnya.

Selain melaporkan kejadian rompakan itu kepada pihak polis, Aesar juga telah menutup talian telefon berkenaan kerana risau pencuri itu bakal mencari mangsa dikalangan kenalannya pula.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net