Powered by Jasper Roberts - Blog

7 Golongan Yang Dinaungi Allah Di Hari Akhirat

3 comments


Disamping mengejar nikmat kat dunia ni, kita kenalah buat persiapan untuk bekalan akhirat jugak, kan? Jadi, apa kata kita sama-sama cari dan kumpul segala amalan yang boleh dibuat bekalan untuk kita di padang mahsyar kelak. Semoga kita pun boleh jadi antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah nanti. InsyaAllah.

"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya."
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim



1. Imam yang adil.



2. Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah.



3. Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.



4. Dua orang insan yang berkasih sayang kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
 (Ni bukan pakwe-makwe taw. Even though kapel yang tak halal bertemu kononnya 'kerana Allah', yang haram tetap haram)




5. Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lantas menolak godaan tersebut dengan berkata: "Sesungguhnya aku takutkan Allah".



6. Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.



7. Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya.



Sepatah kata Iman Hayfa :

Berpesan-pesanlah kamu kearah kebaikan =)

Fakta Pembohongan Seorang Ibu

6 comments

Faktar seorang ibu

Salam semua, hari ini koz nak kongsikan kepada korang fakta yang kita harus ketahui mengenai pembohongan seorang ibu. APakah sebab dan mengapa ibu sanggup membohongi sesuatu perkara keatas anaknya? Jadi untuk pendekkan cerita mari kita baca dan memahaminya..

1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata,
"Cepatlah makan, ibu belum lapar lagi."

2. Waktu makan, Ia selalu menyisihkan ikan dan daging
untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka daging,
makanlah, nak.."

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya
yg sakit, Ia berkata, "Istirahatlah nak,
ibu masih belum mengantuk.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja,
mengirimkan duit untuk ibu. Ia berkata,
"Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu ada lagi duit"

5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya
untuk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata,
"Rumah tua nih sangat selesa, ibu tidak biasa tinggal di sana."

6. Saat menjelang tua, ibu sakit tenat, anaknya
menitiskan air mata(menangis), tetapi ibu masih tersenyum
sambil berkata, "Jangan menangis, ibu tidak apa-apa."

Ini adalah kebohongan terakhir yg dibuat ibu.
Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita,
ibu selalu menganggap kita anak kecilnya,
mengkhawatirkan diri kita, tetapi beliau tidak
pernah membiarkan kita mengkhawatirkan dirinya.

Hargailah jasa baik ibu anda sementara ianya masih ada.:)

Pengorbanan besar Sang Ibu

4 comments


Pengorbanan besar Sang Ibu - Scarlett seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan.

Berbulu Calico, dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam insiden mengeluarkan lima anak-anaknya untuk diselamatkan daripada api kebakaran ditempat tinggalnya.

Berbalik pada kejaidan itu, Scarlett tinggal didalam garaj di Brooklyn bersama-sama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga yang tinggal kerana keluar bekerja. Setelah dipadamkan api, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus. 

Keadaannya yang hangus teruk, telinga ia terbakar, dia menyusun anak-anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya dengan matanya melecur serta teruk dan telah melekat dengan hidungnya, dan setelah kelima-lima anaknya selamat ia rebah dan pengsan.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, kucing itu setelah sihat dan tinggal parut dimuka dan badannya, diambil semula oleh tuannya dan bersyukur atas keselamatan mereka.

Kini Scarlett telah tiada lagi kerana kejadian itu berlaku pada tahun 1996.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net