Powered by Jasper Roberts - Blog

Fakta Pembohongan Seorang Ibu

Faktar seorang ibu

Salam semua, hari ini koz nak kongsikan kepada korang fakta yang kita harus ketahui mengenai pembohongan seorang ibu. APakah sebab dan mengapa ibu sanggup membohongi sesuatu perkara keatas anaknya? Jadi untuk pendekkan cerita mari kita baca dan memahaminya..

1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata,
"Cepatlah makan, ibu belum lapar lagi."

2. Waktu makan, Ia selalu menyisihkan ikan dan daging
untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka daging,
makanlah, nak.."

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya
yg sakit, Ia berkata, "Istirahatlah nak,
ibu masih belum mengantuk.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja,
mengirimkan duit untuk ibu. Ia berkata,
"Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu ada lagi duit"

5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya
untuk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata,
"Rumah tua nih sangat selesa, ibu tidak biasa tinggal di sana."

6. Saat menjelang tua, ibu sakit tenat, anaknya
menitiskan air mata(menangis), tetapi ibu masih tersenyum
sambil berkata, "Jangan menangis, ibu tidak apa-apa."

Ini adalah kebohongan terakhir yg dibuat ibu.
Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita,
ibu selalu menganggap kita anak kecilnya,
mengkhawatirkan diri kita, tetapi beliau tidak
pernah membiarkan kita mengkhawatirkan dirinya.

Hargailah jasa baik ibu anda sementara ianya masih ada.:)

Ranking: 5

Comments:6

15 February, 2013 14:12

selagi ibu masih di sisi, hargailah mereka. tq di atas entry ini

15 February, 2013 15:03

Ibu adalah insan yang paling istimewa anugerah illahi kepada kita..Ada sebab kenapa seorang ibu berbuat begitu..mungkin dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya...

Seorang ibu mampu tersenyum walaupun hatinya memang sedih dan hanya padanya saja dipanjatkan doa agar anak-anaknya berjaya dan mendoakannnya nanti....

http://hasheenabeevi.blogspot.com

15 February, 2013 16:25

selagi mereka masih ada, kita kena hargai mereka...

17 February, 2013 10:37

hARGAI IBU KITA.....

14 March, 2013 12:35

ibu...engkaulah ratu hati ku, bila ku berduka dan kesakitan engkau berada di samping untuk menemani dan membelai dan berkongsi kesakitan airmatamu berderaian menangis bilamana anak mu meraung sakit walau dirimu tak merasai kesakitan itu...maka hargailah jasa ibu semasa mereka masih bernyawa....jgnlah sakiti hati ibu dan ingat sekiranya setitis airmata ibu mengalir kerana anaknya maka ianya akan menjadi bahan pembakar sianak di akhirat kelak.......

29 May, 2013 14:22

i love ibu

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net