Powered by Jasper Roberts - Blog

Sedarlah Diri Wahai Diri Ini



Salam semua, hari ini nak luahkan perasaan di blog kesayangan ni. Agak terkilan rasanya bila apa yang di buat selama ini tidak dapat ditukar dengan satu benda yang menggembirakan.

Pada tanggal June 2013, aku meninggalkan bandar kuala lumpur semata-mata ingin mengubah jalan kehidupan aku ke negeri Johor. Sebelum itu aku merupakan seorang Animator di sebuah studio di seri kembangan selangor.


Sudah hampir bertahun pengalaman aku dalam bidang tersebut, akan tetapi tiada rezeki sehinggalah aku menukar arah dengan memulakan bisnes sampingan secara online dengan menggunakan blog sebagai modal. Kerja yang aku buat adalah sebagai Grafik Designer sambilan. Akan tetapi dalam masa tersebut aku mendapat satu tawaran sebagai Director oleh sebuah studio yang terletak di damansara. Akan tetapi aku meneruskan juga misi aku bersama blog. Alhamdulillah semakin hari semakin maju bisnes online aku ini sehinggalah aku mengubah haluan membawa diri ke Johor.

Ada apa di Johor sehinggakan aku sanggup melepaskan tawaran kerja yang aku terima sebagai Director di sebuah studio di Damansara? Hanya diri ini sahaja yang dapat menjawap. Agak sukar untuk meluahkan.


Kini aku merupakan seorang manusia yang tidak mempunyai masa depan yang cerah. Sudah 2 tahun aku menghabiskan masa aku dan meniggalkan kuala lumpur. Apa yang aku dapat sekarang? Pendapatan ko berapa? Senang ke hidup ko?.Aku seorang yang memiliki kereta sambung bayar. Tiada rumah dan hanya menumpang tidur di tempat milik orang.

Banggakah diri ini?Apa yang ko buat di SINI?Ko kayakan sapa?Ada orang ambil kisah pasal ko?Pentingkah diri ko pada orang lain? 99 kebaikkan yang ko lakukan hanya 1 sahaja yang orang pandang. Iya itulah yang ko dapat di SINI. Jadi apa yang ko nak buat?Menangis?Kecewa?Iya, itu semua yang patut ko dapat. Kejayaan?Kesenangan?Kemewahan?Bukanlah milik ko, akan tetapi ia milik orang lain.

Jika ko teruskan juga sebegini, sampai bila-bila pun ko akan macam ini.............
Ranking: 5

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net