Powered by Jasper Roberts - Blog

Kes Tembak Mati di Nibong Tebal

Kes Tembak Mati di Nibong Tebal


Kes Tembak Mati di Nibong Tebal - Selepas cubaan pertama membunuhnya lima bulan lalu gagal, seorang lelaki berusia 29 tahun akhirnya maut akibat ditembak ketika berjalan seorang diri di Taman Puteri Gunong, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, M Parttippan mati selepas terkena tembakan pada bahagian rusuk yang dilepaskan dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki.

Sejurus menghampiri mangsa, suspek melepaskan enam das tembakan dan satu daripadanya mengenai rusuk lelaki itu. Mangsa yang parah dan mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dalam kejadian 20 Jun lalu, mangsa cedera selepas ditembak seorang lelaki kira-kira 200 meter dari tempat kejadian malam kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa yang masih bujang terselamat dalam kejadian itu walaupun peluru menembusi badannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, bertindak atas maklumat, dua lelaki berusia 21 dan 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan, awal pagi semalam.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian di Tasek Mutiara, malah polis menemui kereta Perodua Myvi hitam terbakar yang dipercayai digunakan suspek ketika menembak mangsa lima kilometer dari tempat kejadian. Menurutnya, siasatan mendapati kereta berkenaan dicuri di Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah pada 2 Disember lalu. 

sumber: myMetro
Ranking: 5

Comments:3

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net