Aku Seorang Designer Freelancer - Salam semua, hari ini kozumi kurang sihat mungkin sebab kepenatan kurang rehat. Doakan kesihatan kozumi kembali pulih ya, mekasih..Amin..amin...
Okey berbalik pada tajuk di atas "Aku Seorang Designer Freelancer " itulah status kozumi sekarang ini setelah keputusan ini di ambil kozumi sendiri beberapa tahun lepas. Sebelum kozumi mengambil keputusan ini, kozumi adalah seorang Animator iaitu seorang yang melaksanakan tugas untuk menghasilkan cerita-cerita kartun dalam bentuk Animasi 2D.
Banyak cerita kartun yang telah kozumi hasilkan semenjak bergelar animator di beberapa buah studio di dalam malaysia ini. Rindu juga untuk aktif semuala dalam bidang ini, tapi apakan daya sewaktu kozumi berkerja dalam bidang ini, keadaan ekonomi beberapa studio dalam Malaysia ini agak goyang.
Kozumi memilih kerja sebagai Designer ini pun atas dasar minat yang semakin hari semakin mendalam semenjak mula aktif berblog dahulu. Skill design kozumi pada masa itu masih lagi tahap bayi yang baru mula merangkak, comel je dengarkan hahaha.
Kini semakin hari kozumi dapat rasakan peningkatan dalam kualiti design kozumi, Alhamdulillah. Bekerja dalam keadaan tidak terikat pada mana-mana syarikat nampaknya dapat menenangkan minda kozumi kerana jadual dan waktu kerja kozumi adalah mengikut jadual sendiri. Jadi tiadalah masalah untuk kejar masa untuk bangun ke tempat kerja dan sepanjang 8jam terperap di dalam opis untuk siapkan kerja seperti zaman-zaman kerja sebagai animator dahulu.
Masa untuk berehat pun panjang juga,mengikut pada jadual tempahan jugalah, kalau banyak tempahan masuk jadi kozumi kenalah buat jadual. Kalau tiada jadual memang tak siaplah kerja, kalau tak siap kerja tiadalah pendapatan.
Kalau dari segi pendapatan seorang Designer Freelancer pula, ikut pada jumlah kemasukkan tempahan design, kalau banyak masuk banyaklah dapat, kalau sikit maknanya kene pasang strategi untuk upkan kembali pendapatan (ada caranya, ikut kretiviti sendiri).
Bagi seorang Designer Freelancer , haruslah memilki 1 lubuk untuk mendapat income tetap setiap bulan seperti mempromosi diri sendiri kepada mana-mana syarikat yang bersesuaian untuk menjadi designer tetap untuk melaksanakan bahan-bahan designer untuk kegunaan syarikat berkenaan.
Dengan cara ini kita bolehlah ikat kontrek mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Bila dah dapat tu kenalah sentiasa peka dan serius dengan tanggungjawap kita sebagai seorang designer dalam syarikat itu.
Mungkin ini sahaja yang dapat kozumi kongsikan kepada tatapan pengunjung blog kozumi ini, insyallah ada masa terluang nantikanlah perkongsian artikel kozumi selanjutnya.
Comments:8
Hye salam kenal, thanks for visiting my page. Cepat sembuh yer.
hii.... putry singgah sini :) salam perkenalan :)
@Nastyna:Salam kenal juga ya^^
@PUTERI NATASSIA:Singgah selalu...salam perkenalan juga^^
*mulakan operasi komen mengomen kat blog koz.
Hihi :D
salam perkenalan.....singgah dan follow blog ini.
hollister canada
ray-ban sunglasses
mulberry handbags
ferragamo outlet
nike outlet store
true religion canada
snow boots
beats headphones
beats headphones
chanel handbags outlet
tommy hilfiger
nike outlet store
michael kors canada
ray ban outlet
ugg boots on sale
kate spade uk outlet
beats by dre
nike mercurial
ugg outlet store
true religion uk outlet
hollister clothing store
ugg boots
prada sneakers
polo ralph lauren
fitflops outlet sale
mm0120
Thanks for postinng this
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^