Powered by Jasper Roberts - Blog

Waktu Petang Kita Melalaikan Tak?




Waktu asar memang waktu kemuncak bagi kebanyakan orang terutamanya pelajar. Betul tak? Sebab waktu ni lah masa yang paling sesuai nak buat aktiviti-aktiviti seperti main bola, jogging, main basikal, main tenteng, lumba lari, minum-minum petang bersama keluarga sambil makan goreng pisang panas dan sebagainya. Perghh,, bestnya !




Tapi, adakah kita semua dah menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim sebelum melakukan riadah petang semua tu? Kewajipan apa lagi, solat Asar lah. Ramai yang mengakui bahawa solat Asarlah antara solat yang paling berat untuk ditunaikan hingga ada sebahagian daripada kita, dah nak dekat Maghrib, baru lah terkocoh-kocoh nak amek wuduk' dan solat Asar. 




Untuk sesiapa yang sering melewatkan solat Asar, dipersilakan untuk membaca dan memahami hadis ini, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :



"Itulah solatnya orang munafik. Dia duduk sambil mengawasi matahari. Hingga ketika matahari berada di antara dua tanduk syaitan (waktu terbit dan tenggelamnya matahari) ia bangkit dan solat empat rakaat dengan cepat. Ia tidak mengingati Allah kecuali hanya sedikit.




So, kawan-kawan, korang nak melewatkan solat Asar lagi ke pasni? Jom kita sama-sama kuatkan iman, kita tinggalkan dulu perkara yang lagha ni ketepi dan pergi melaksanakan kewajipan kita sebagai seorang hamba-Nya. Ok? =)




Sepatah kata Iman Hayfa :

Sebelum keluar buat aktiviti petang, pastikan Solat Asar kita dah ditunaikan. Kalau tengah 'cuti-cuti Malaysia', den tak boleh buek apo dah.. Hehe






Ranking: 5

Comment: 1

01 May, 2013 16:24

mak dan bapak selalu pesan... kita berada di mana-mana, jangan tinggal solat

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net