Powered by Jasper Roberts - Blog

Remaja Liwat Kanak-kanak 6 Tahun



Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini terhadap pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki, dua tahun lalu.

Remaja yang berusia 16 tahun pada masa kejadian didakwa melakukan kesalahan itu ke atas kanak-kanak yang berusia enam tahun di dalam bilik tidur di sebuah kediaman di Hulu Kelang, Ampang, pada 2 petang, 27 Februari 2010.
Dia yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bapa tertuduh yang hadir sebagai penjamin, memohon mahkamah supaya wang jaminan dikurangkan kerana ia berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan lima orang anak.

Hakim Manira Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Disember depan untuk sebutan. - BERNAMA
Ranking: 5

Comment: 1

02 November, 2012 02:51

adeh..macam2 la..

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net