Powered by Jasper Roberts - Blog

Diana Danielle dan Farid Kamil kini bertunang


Diana Danielle dan Farid Kamil kini bertunang

Pasangan artis, Diana Danielle dan Farid Kamil mengikat tali pertunangan selama setahun pada ahad lepas. Majlis pertunangan dua selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah ‘diikat’ oleh lelaki itu.

 Ibu Diana, Norsiah Ramli memberitahu, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. “Harap-harap pertunangan akan kekal hingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,”

 Ibu Diana memberitahu, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.

 “Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana. “Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh,”

 Pada majlis pertunangan tersebut, Diana Danelle yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Selain itu, Norsiah turut memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja. Sebelum ini timbul gosip mengatakan Diana dan Farid putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan berlalu. -Farid Kamil dan Diana Danielle kini bertunang.

Ranking: 5

Comments:5

05 September, 2012 11:50

Kakak suka lihat wajah lembut/ayu Diana.

05 September, 2012 12:33

dah bertunang dah weeee...suka2

05 September, 2012 15:17

cUN gila Diana!

05 September, 2012 22:21

selamat bertunang utk mereka mudahan sampai akad nikah serta dipanjangkan jodoh

05 February, 2013 01:50

selamat bertunang utk mereka mudahan sampai akad nikah serta dipanjangkan jodoh 05 September, 2012 22:21 ---

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net