KOTA BHARU – Biarpun dilanda pelbagai kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex ternyata berjiwa besar.
Beliau sanggup meninggalkan skuad kebangsaan lebih awal biarpun berada dipuncak kerjaya sekiranya soal peribadinya menjejaskan pasukan negara.
“Saya nak bersara awal sebab terfikir masalah peribadi dicampurkan dalam karier.
“Saya tidak gemar dalam keadaan itu sebab saya fokus untuk mengharumkan nama negara, bila masalah peribadi ganggu pasukan, saya tidak mahu perkara ini ganggu pasukan negara,” katanya pada satu program di TV1 di sini malam tadi.
Apex dilanda kontroversi panas semenjak putus tunang dengan Elia ‘jejari runcing’ dan selepas itu beberapa keping gambarnya bercuti dan berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapura tersebar di internet.
Kemudian, turut menghangatkan keadaan apabila beberapa blog hiburan terkenal menyiarkan gambar-gambar Apex, Dahlia dan beberapa orang gadis seksi leka berhibur di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang, yang turut ‘dicemari’ dengan sebotol arak di atas meja.
Sekembalinya Apex dari Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini, beliau dikejutkan pula dengan penyiaran beberapa keping gambar intimnya bersama Shida Harmi yang dikirimkan oleh pihak yang dikatakan cuba mencemar reputasinya yang sedang memuncak naik.
Apex muncul wira negara apabila berjaya menangkis keluar sepakan penalti terakhir pemain skuad bola sepak Indonesia, Ferdinand Sinaga, yang menyaksikan skuad Harimau Muda berjaya memalukan pasukan dan peminat fanatik skuad Garuda itu di tempat sendiri sebanyak dua kali.
Beliau juga baru kehilangan adik kesayangan. Mohd Izat, 16 pada pagi kelmarin kerana demam panas.
Sementara itu, Jurulatih Skuad Kebangsaan, Ong Kim Swee dalam rancangan yang sama turut mempertahankan Apex dan barisan pemain kebangsaan.
Kata Kim Swee :
“Yang timbulkan isu-isu ini bukan penulis sukan, ini penulis yang ingin lariskan akhbar dan diri masing-masing.
“Pemain-pemain ini berkhidmat kepada negara, setiap pemain tidak boleh lari dari silap tetapi apakah apakah berbaloi dengan khidmat yang diberikan kepada negara,” katanya.
Bagaimanpun lebih baik Apex kurangkan kontroversi barulah itu jiwa besar yang sebenar dan menjadi ikon ikutan golongan muda.
info: http://kelate.net
Comments:18
dah nak bersara ke? serius?
semoga apex jd lebih baik :)
banyak dugaan yg apex kne tempoh sejak bergelar artis ni...
ekcian apex.semoga apex kuat tempuh dugaan ini..
ALLAH ITU MAHA ADIL
apex.....we love u....
@zatyMungkin kabar angin sahaja...keputusan hanya di tangan apex...
@k.h.a.l.i.l.ayes mudah-mudahan die kental mengharungi dugaan ini...
@rezal ahmadAdatlah tu bro...artis x boleh lari dari pelbagai masalah mau pun hasil kesilapan sendiri atau kabar angin...
@Nilmala sudah tentu nilmala...
@SYASYA Sokong kata-kata kamu...
@Siti Muslimahwah2...smua org sayangkan apex ye^ ^
he is not an artist.he is an athlete.a sport celebrity...bukan artist ok...bila masa apex jadi artist nya?apadaa korang ni..
@Anonymousa,ah dh silap kat si2 haha...iasalah manusia x lri dri kesilapan...thx bro...
@kozumi_rohaha...benda kecil bro. betul kata hang
@Anonymouslebih kuranglah tu.dh mcm artis...
Public figure terpaksa la berhati2 sikit...
dulu suka apek , lepas kahwin dah tak suka... nanti isteri apek marah plak datin nak usha nanti
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^