Powered by Jasper Roberts - Blog

Jom Rembat Aedes!

Teringat koz masa koz zaman sekolah menengah dulu. Pernah sekali koz menghadapi demam yang berpanjangan. Time tu memang tak larat sangat nak bergerak dengan keadaan yang tak bertenaga dan kepala sakit sangat.

Bila keadaan makin teruk koz pun pergilah klink kesihatan. Bila doktar cek je terus dapat kputusan yang koz kena denggi...huhu nak tak nak terpaksa ar beri darah koz untuk mereka jalani ujian, sah-sah lepas tu memang benar apa yang doktor tu katakan.

Kalau korang tak tahu lagilahkan Demam denggi disebarkan oleh nyamuk Aedes dari darah orang yang dijangkiti ke mangsa gigitan seterusnya. Cara paling berkesan membanteras denggi adalah dengan menghalang nyamuk Aedes dari membiak. Aedes biasanya membiak dalam takungan air, contohnya di tempat seperti:


  • Parit & longkang bumbung yang tersumbat
  • Tayar terpakai, beg plastik, bekas dan sampah yang menakung air
  • Pasu jambangan bunga
  • Baldi/penyiram yang dibiar terbuka
  • Lembaran kanvas yang menakung air
  • Pokok berpasu yang tanahnya sudah keras
  • Dulang takungan di bawah unit penghawa dingin
  • Hiasan air


Anda boleh menghindari denggi dari berleluasa dengan mengikut petua berikut:


  • Pastikan tiada air bertakung di kawasan kebiasaan pembiakan Aedes
  • Jika takungan air diperlukan, maka tambah ubat jentik-jentik ke dalamnya, atau tambah minyak ke permukaan air, atau tukar air takungan selalu.
  • Gunakan ubat nyamuk, semburan racun serangga atau kelambu bila anda berada di dalam rumah/bangunan.
  • Gunakan bam penghalau nyamuk sekiranya berada di kawasan luar yang banyak nyamuk
  • Jika anda tiada di rumah untuk tempoh yang panjang, pastikan lubang parit ditutup, penutup tandas diturunkan dan tambahkan ubat jentik-jentik ke pasu jambangan bunga, kolam mandi dan lain-lain bekas air terbuka
  • Bergotong-royong bersama jiran tetangga untuk membersihkan kawasan-kawasan berpotensi menjadi sarang biakan Aedes
  • Jika anda mengesyaki terdapat kawasan pembiakan Aedes di dalam kawasan anda seperti di rumah terbiar, tapak pembinaan, kilang atau bangunan roboh, maka hubungi pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan segera.


Proaktiflah dalam mencegah pembiakan Aedes. Tindakan pantas anda adalah penting demi menghalang penularan wabak demam Denggi.

Beringat-ingatlah yea...Sayangilah diri sendiri...
Ranking: 5

Comments:8

Siti Muslimah
24 November, 2011 00:45

saya tak suka nyamuk. suka ganggu tiap-tiap malam.

24 November, 2011 00:58

huhuu... betul2.... hari2 gaduh ngan nyamuk

24 November, 2011 01:09

rumah saya tak ada gangguan nyamuk.legaaaa. huhu. still precaution tu ada lah kn.safety first! :)

Diana Sofea
24 November, 2011 01:12

Rumah saya pun tiada gangguan sbb duduk dekat condo tingkat 11 :P..

24 November, 2011 08:48

@Siti Muslimahkoz pun begi2 juga....dah serik kne denggi...

24 November, 2011 08:48

@k.h.a.l.i.l.awah2...gaduh bertekak ke apa ni hihi^^...

jangan mare...koz gurau je...^ ^

24 November, 2011 08:49

@zatyBagus ar lau cam gi2...

Truskan membanteras gejala denggi...

24 November, 2011 08:50

@Diana Sofeawah...wah...mmg x larat nyamuk tu nk terbang tinggi2...^ ^.semput2...

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net