Dikatakan berjuta-juta manusia menangis selepas melihat gambar ini di Amerika dan Eropah tidak ketinggalan juga di Asia apabila gambar ini disiarkan akhbar-akhbar tempatan. Ianya merupakan gambar yang menyentuh perasaan mengenai sepasang burung tersebut.
Gambar 1 - Burung betina ini mengalami kecederaan yang boleh mengakibatkan maut selepas ia dilanggar oleh sebuah kereta akibat terbang dalam ketinggian yang rendah.
Gambar 2 - Burung jantan cuba membantu dan membawa makanan kepada burung betina dengan penuh kasih sayang diantara haiwan tersebut.
Gambar 3 - Burung jantan membawa makanan sekali lagi dan terkejut apabila mendapati burung betina sudah tidak lagi bergerak, biarpun dia telah cuba menggerakkannya beberapa kali.
Gambar 4 - Burung jantan telah memahami bahawa pasangannya itu telahpun mati, namun dia masih cuba untuk menggerakkannya.
Gambar 5 - Burung jantan kemudiannya berdiri dan bersiul tanda ia dalam kesedihan.
Gambar 6 - Akhirnya burung jantan ni mengalah dan meratapi kematian pasangannya dengan penuh kesedihan bahawa burung betina tidak akan kembali padanya lagi.
Moral : walaupun haiwan tidak mempunyai akal, tapi mereka tetap mempunyai hati dan perasaan.
info dari:http://yongsaiyo.blogspot.com
Comments:8
moral of the story... berkasih kasihan lah sesama insan.... nice entry... i likee!!!
mesti dia sedih kan..
penuh kasih sayang.....
sedih .. binatang memang nampak kelakuan nya penyanyang , kalau rajin tenung je gelagat binatang .. manusia lagi teruk dr binatang hukss
haiwan pun ada perasaan...kita sbgi manusia patut ambik iktibar dr cite ni..
kesian kat burung jantan tu..
haiwan tu nak beri pertunjuk pd manusia supaya tidak berpecah belah dan tahu erti kasih sayang
sedihnye, so touching..='(
p/s : salam ziarah, join snie..
Pergh...penuh kasih sayang :)
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^