Rindu suasana pemandangan kampung - Sebenarnya kozumi rindu sangat-sangat suasana kampung. Dulu-dulu sewaktu kecil suka sangat kalau dapat balik ke kampung sebab kozumi memang suka sangat-sangat suasana kampung yang nyaman dan tenteram.
Dapat bersiar-siar lihat keindahan alam semulajadi yang masih lagi kekal dengan sawah padi, parit, dapat tengok lembu, kerbau, kambing, itik, ayam dan seangkatan dengannya cewah hahaha ayat.
Tapi sekarang ini kampung dah tiada, kalau rindu suasana kampung pun hanya dapat menatap gambar-gambar sahaja. Agak-agak bilalah dapat merasa suasana kampung sekali lagi.