Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts

Adab Seorang Anak

3 comments



Hai.
Dari kecik sampai besar, musatahillah kita dapat membesar dengan sendiri tanpa ada orang yang jaga kita. Betul dak? Mana ade baby yang baru lahir terus dah pandai pakai baju sendiri, makan minum, cuci berak kencing sendiri. Eh, ada ke? Takde kan?


So, siapa lagi kalau yang tukang menjaga kita tu kalau bukan ibu bapa kita sendiri? Kalau orang lain pun yang jaga, pangkat mereka adalah sama je dengan ibu bapa walaupun mereka sekadar bernama penjaga dan bukannya ibu bapa kandung. Eh, paham ke dengan ayat aku ni? Haha



Jadi, sebagai seorang anak, kita tak terlepas daripada menjaga adab sopan bila berhubung dengan orang tua kita tu. Ni dia adab-adab yang seharusnya kita ingat sampai mati. I remind you, SAMPAI MATI ok? =3



1. Mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa. Jangan melawan kerana lazimnya perkataan dan arahan ibu bapa adalah baik.


2. Bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat. Usah duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa berdiri ketika berbual.


3. Menyahut dengan segera apabila dipanggil. Usah membiarkan panggilan ibu bapa tidak berjawab atau berulang-ulang.


4. Meminta izin ketika mahu kemana-mana. Usah keluar rumah atau pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa terutamanya jika kita masih berumur 18 tahun ke bawah.


5. Bersalam tangan ketika pergi belajar atau berpisah sementara. Usah hanya melambai-lambai dari jauh.


6. Bercakap sekadar suara yang boleh didengar. Usah menjerit seakan menengking ketika berbual dengan ibu bapa.


7. Senyum ketika berhadapan dengan ibu bapa. Usah memuncungkan bibir dan bermasam muka di hadapan mereka.




Ha, rasa-rasa macam senang tak nak jaga adab-adab tu semua? Heh. Jawapannya memang susah lah kalau kita tak biasa sejak kecik. Tapi tak salah kan kalau kita cuba ubah sikit-sikit? Sementara ibu bapa kita masih hidup di muka bumi ni, apalah salahnya sekiranya kita cuba untuk membahagiakan mereka. Nanti bila dah takde, sedih woo. Untuk mereka yang ketiadaan ibu bapa, jangan sedih-sedih ea? Rajinkan diri menghadiahkan pahala fatihah kepada mereka setiap hari. Semoga hidup mereka sentiasa bahagia dan mendapat rahmat-Nya.




Sepatah kata Iman Hayfa :

Eee.. bila dah besar dan rasa macam nak kawen ni, terasa menyesal pulak atas segala kenakalan aku kat mak abah dulu. Macam mana lah perangai anak-anak aku nanti ek? Mak,, abah,, I love youuu ~ =')




Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net