Salam semua, hari ini dapat berita tentang pengumuman berkenaan diisytiharkan pertukaran cuti mingguan bagi negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014. Pengumuman di buat sempena Hari Keputeraannya yang ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan, di sini, pagi tadi.
Alhamdulillah satu keputusan yang sangat baik di mata rakyat negeri johor kerana ia sangat membantu dan memudahkan bagi kaum adam untuk mengerjakan solat jumaat dengan hati yang tenang bersama anak-anak mereka.