Zizan Razak telah menegaskan bahawa dia tidak pernah mengabaikan peminat-peminatnya walaupun dia tidak menganjurkan sebarang kepada mereka yang sentiasa menyokongnya.
Zizan memberitahu sudah beberapa kali dia merancang untuk berbuat demikian seperti artis-artis lain yang menghargai peminat-peminat mereka, namun masalah kekangan masa membuatkan perancangan itu tidak menjadi.
"Bukannya tak terfikir, tetapi setiap kali merancang nak buat majlis untuk peminat-peminat mesti tak jadi kerana sibuk dengan kerja.
"Walaupun saya bukan seperti artis-artis lain yang sentiasa meraikan peminat, tetapi mereka tetap di hati dan sedikit pun tidak pernah mengabaikan mereka yang begitu setia dengan saya.
"Bagaimanapun sebagai pulangannya, saya akan memastikan persembahan yang diberikan adalah yang terbaik dan itu adalah antara cara saya membuatkan para peminat gembira dan berpuas hati," katanya.
Tambah Zizan, walaubagaimanapun, dia tetap akan menganjurkan sebuah majlis khusus buat para peminatnya apabila mempunyai masa terluang nanti.