Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Lokasi pemasangan kamera AES. Show all posts
Showing posts with label Lokasi pemasangan kamera AES. Show all posts

AES: 'Jangan aniaya pengguna'

2 comments



Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bakal dilaksanakan di kebanyakan jalan raya di negara ini mendapat reaksi positif dalam kalangan orang ramai, asalkan ia dilakukan dengan cara betul dan  bertujuan mendidik pengguna jalan raya.

Orang ramai serta sebahagian pemimpin mengharapkan pelaksanaan AES ini bukanlah untuk menghukum pemandu berkenaan, tetapi hasilnya lebih baik dengan dapat melahirkan pemandu berhemah di jalan raya.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, pemasangan sistem berkenaan memerlukan kajian yang teliti dan bukannya dipasang untuk mencari serta menghukum pengguna jalan raya sahaja.

Katanya, petunjuk bagi sistem berkenaan perlulah jelas dan bukannya dipasang dengan cara yang mengelirukan pengguna jalan raya seperti tiada papan tanda atau papan tanda yang sedikit.

“Saya sering kali membahaskan perkara ini dalam Parlimen, supaya perlaksanaannya dilakukan di tempat bersesuaian, tidak menganiaya pengguna serta bukan untuk keuntungan semata-mata.

“Pemasangan berkenaan perlu dilakukan jalan yang menjadi tumpuan dan banyak kenderaan seperti lebuh raya serta jalan persekutuan.

“Bagi saya pemasangan di jalan negeri yang kurang penggunanya, yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk kampung adalah tidak sesuai. Saya juga harapkan papan tanda AES ini perlu ada sekurang-kurangnya tiga amaran sebelum sesuatu kamera itu dipasangkan sebagaimana yang dipraktikkan di beberapa negara luar,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna jalan raya, Hafsa Mohammad Nor, 25, berkata dia bersetuju dengan adanya sistem AES ini, asalkan tidak menyusahkan orang ramai dengan memasangnya dengan sesuka hati serta memikirkan keuntungan semata-mata.

Pelajar Sarjana Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini berkata, pemasangan AES ini akan membuatkan orang ramai lebih berhati-hati terutamanya di kawasan yang mempunyai risiko kemalangan atau melebihi had laju.

“Kamera AES ini hanya perlu dipasang di tempat yang sesuai seperti lokasi yang kerap berlaku kemalangan dan juga jalan yang berpotensi untuk pengguna memandu dengan had laju yang berlebihan,” katanya.

Sementara itu, sepanjang pemerhatian wartawan Sinar Harian di tiga lokasi iaitu Kilometer 84 Lebuhraya Yong Peng – Ayer Hitam arah selatan, sememangnya perlu diletakkan sistem AES dengan had laju 110 km/j.

Ini kerana, jalan berkenaan agak berbahaya untuk pengguna melebihi had laju, selain kerap kali berlaku kemalangan terutamanya di waktu hujan dan selepas hujan yang mengakibatkan jalan licin.

Begitu juga dengan Kilometer 10 Jalan Kluang – Ayer Hitam, dengan jalan yang agak lurus tetapi agak sibuk, ia kurang sesuai untuk dipandu dengan had laju yang berlebihan.

Tetapi bagi kilometer 15 Jalan Simpang Lima – Parit Sulong, ia kurang sesuai untuk dipasang dengan AES, kerana jalan berkenaan kurang sibuk dan tidak mempunyai risiko berlakunya kemalangan.

sumber sinar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net