Johan As'ari menganggap Kaka Ashraff seperti adik dan dia selesa bergandingan dengan penyanyi itu menerusi program Fear Factor Selebriti Malaysia.
Johan berharap hubungan baik itu tidak disalah anggap oleh sesetengah pihak dengan menuduh mereka bercinta apabila program itu disiarkan kelak.
"Kami sangat serasi bergandingan dalam Fear Factor dan hubungan itu tidak lebih seperti adik-beradik. Saya juga kagum dengan semangatnya yang kental semasa mengharungi pelbagai cabaran dalam pertandingan itu," jelasnya.