Tetiba aku terasa nak kongsikan kat korang semua sajak nukilan Dr.MAZA a.k.a Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang aku ambil dari salah sebuah bukunya yang bertajuk "Penawar Duka Pengubat Sengsara"
Jika diukir dengan segala bahasacinta itu masih tiada sastera buatnyaJika dilukis dengan segala warnacinta itu masih tiada citra baginyaTidakkah kerana cintakan TUHANinsan berkorban dan terkorban?tanpa cinta lenyaplah agamaTidakkah kerana cintakan anakibu lupakan segala kehendak?tanpa cinta pupuslah manusiaTidakkah kerana cintakan kekasihinsan sanggup hidup tersisih?tanpa cinta muramlah suasanaTidakkah kerana cintakan negararakyat sanggup hidup sengsara?tanpa cinta hapuslah wargaDari akar mekar rasa cintalahirlah jiwa mesra dan manjadari akar mekar rasa cintabahagia dan sengsara menjelmadari akar mekar rasa cintamunculnya tawa dan air mataCinta itu makhluk TUHANpenuh keajaibanpenuh kehairananpenuh kenikmatanpenuh kesakitanpenuh kesyahduanpenuh keharmoniannamun cinta tetap keperluantanpa cinta pincanglah alam...
Sepatah kata Iman Hayfa :
Hmm.. cuba dalami sajak berkaitan cinta ni. Mungkin korang akan rasa mesej yang tersirat dalamnya, InsyaAllah. Eh eh korang ! Jom lah singgah blog Iman dan baca the latest update tentang Iman yang dah masuk umur 20 tahun ni. Hehehe ---> Blog Iman