Bekas peserta peserta MasterChef Malaysia 2 iaitu Che Lah ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan sekiranya mempunyai peluang.
Hasrat Che Lah bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.
"Sebelum ini Che Lah terlibat dalam dunia perniagaan produk kecantikan dan tidak pernah terfikir untuk memasuki pertandingan MasterChef sehingga menjadi enam peserta terbaik.
"Jadi rasanya tidak salah untuk Che Lah mencuba bidang lain seperti lakonan atau pengacaraan jika ada yang ingin memberi peluang itu," katanya.