Inilah dia wajah anak angkat Almy Nadia yang bernama Nur Afrina Darwisya. Kehadiran Afrina yang dijaga Almy Nadia bermulai 27 April 2010 itu banyak memberikan kekuatan dan inspirasi dalam hidupnya.
“Apabila saya penat dan tertekan dengan nasib kerjaya yang tidak menentu kebelakangan ini, Afrina menjadi kekuatan dan inspirasi saya.
Almy merancang untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya pada bulan depan bersama pihak media dan peminat.
“Sejak dia berada di bawah jagaan saya, Afrina tidak pernah diperkenalkan kepada khalayak. Mungkin sebab itu, timbul pelbagai cerita kurang enak mengenai kami.
“Insya-Allah, jika tiada aral saya mahu adakan majlis hari lahirnya pada bulan depan atau Disember nanti di Kuala Lumpur bagi memperkenalkannya kepada rakan media dan peminat,” katanya.