Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Adab-adab. Show all posts
Showing posts with label Adab-adab. Show all posts

Uish, Jiran Yang Macam Tu Pun Ada Jugak Ek?

6 comments

Jiran sebelah-menyebelah. 

Hee, bila tengok luahan koz pasal jiran dia, terasa macam geram pulak dengan jiran yang macam tu. Ade jugak ek jiran yang berani nak main ugut-ugut tu semua? Macam budak-budak belum mumaiyiz je. 


Sebenarnya kes yang melibatkan jiran yang macam ni terus mengingatkan aku tentang sebuah hadis yang aku terjumpa hari tu yang berbunyi :


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” 
-Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim



Tengok ! Betapa bernilainya ukhwah sesama jiran tu di mata Allah. Takkan kita tak terasa something bila kita buat jahat kat jiran sendiri? Okay, kalau tak rasa yang tu, cuba dalami ayat al-Quran ni pulak :



"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
Surah An-Nisaa' (4: 36)



Hm, tetiba aku rasa macam cuak pulak nak berumahtangga nanti sebab bila dah kawen, mesti nak cari rumah untuk suami isteri kan? Lepas tu, tah macam mana lah rumah dan sekelilingnya nanti. Paling penting, macam manalah rupa dan perangai jiran aku nanti ek? Mudah-mudahan aku dan bakal suami nanti akan berjiran dengan orang yang baik-baik dengan izin-Nya. Amin ~ . Tapi, untuk peringatan kita semua dan aku juga, kalau kita nak harap jiran yang baik, kita terlebih dahulu kenalah ubah diri kita ke arah yang baik. Kan?



Aku doakan supaya koz dan jirannya tu akan berdamai secepat yang mungkin. Jangan kerana benda yang remeh, habis rosak pahala-pahala simpanan untuk bekalan akhirat nanti. Nauzubillah.




Sepatah kata Iman Hayfa :

Ish, aku busy lah lately. Tak sempat pulak nak tolong koz untuk updatekan pape untuk beberapa hari sebelum ni. Alhamdulillah, kali ni ada kesempatan yang Allah nak berikan. Oleh itu, dengan kesempatan yang ada ni, aku nak jemputlah korang semua untuk singgah ke blog aku yang baru di'touch-up' kelmarin. Hehe. Bagilah pandangan korang sekali berkenaan dengan blog aku tu ea? Mekaseh ! :) ---> Blog Iman Hayfa














Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net