Powered by Jasper Roberts - Blog

Remaja Curi Motosikal ditahan ketika Asyik Merokok



Selepas menahan empat pelajar dua minggu lalu akibat terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal, polis dari unit Task Force, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berjaya menahan lapan lagi pelajar berusia 16 tahun di kawasan semak berhampiran taman perumahan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, intipan yang diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad selama dua minggu itu mendapati sekumpulan remaja berkenaan sering menghabiskan masa mereka di kawasan tersebut.

Menurutnya, dari laporan diterima, selain pelajar lelaki, pelajar perempuan turut berada di lokasi persembunyian tersebut.

“Serbuan dibuat kira-kira jam 11 pagi ketika sekumpulan pelajar sekolah asyik merokok dan apabila menyedari kehadiran polis, mereka bertempiaran lari bagaimanapun seorang daripadanya berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi persembunyian, polis menemui, beberapa paket mi segera, periuk dan kondom. Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kata beliau, kira-kira jam 11.30 malam, polis bersama suspek pergi ke rumah tujuh pelajar yang melarikan diri dan menahan kesemua mereka.

Jelasnya, hasil siasatan, polis menemui lima motosikal di sekitar kawasan semak berkenaan dan turut menemui enjin motosikal yang sudah dileraikan serta disimpan di dalam plastik kira-kira 100 meter dari tempat persembunyian mereka.

"Selain Kulim, kumpulan ini turut aktif mencuri motosikal di Padang Serai dan Bukit Mertajam. Kesemua suspek akan disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Polis sudah menyenaraikan beberapa nama suspek terlibat dalam kegiatan mencuri dan merungkai motosikal di sekitar kawasan Kulim hasil maklumat suspek," katanya.

Ghuzlan berkata, pihaknya akan memantau pergerakan suspek di sekolah, rumah dan tempat kerja sebelum membuat serbuan.

Beliau turut meminta pihak pentadbiran sekolah memaklumkan kepada polis jika pelajar mereka didapati terlibat dalam kegiatan jenayah.

"Merahsiakan maklumat mengenai perlakuan jenayah merupakan satu kesalahan serius kerana mereka boleh dianggap sebagai bersubahat.

"Selain itu, ibu bapa harus memainkan peranan memantau pergerakananak supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah," katanya.
Ranking: 5

Comment: 1

21 April, 2013 14:22

bodo btl remaja nie.....ada otak boleh pikir....buat la benda baik drpd benda yg merosakkan diri....
teruk betul zaman skrg nie

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net