Powered by Jasper Roberts - Blog

Cara Menjawap Telefon Dengan Betul

12 comments


Kebanyakan ramai orang amalkan cara menjawap telefon degan cara yang salah dan sama.Di sini koz akan ajarkan korang cara menjawap telefon dengan cara yang betul.


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Bayangkan kalau bende ini terjadi apabila kita menelefon seseorg apa yang akan korang lakukan?hihi

Free Template Comel Dari Budak Nakal Blogspot

9 comments


Hai all...apa kabar korang, sihat ke? harap korang sihat yea.Hari ini koz ada sesuatu nak berikan pada korang terutama rakan-rakan follower blog budak nakal ini. Kebiasaan bende ini koz akan berikan pada pemenang-pemenang contest yang koz anjurkan. Sebagai tanda terima kasih atas sokongan korang yang tak terhingga, hari ini koz nak beri hadiah ini kepada korang semua.

Hadiahnya adalah sebuah template comel yang di reka khas oleh koz sendiri untuk kegunaan korang. Suka tak...suka tak???hihi...harap korang happy dengan pemberian dari koz ini. Template yang koz maksudkan boleh lihat di " SINI "

Jadi jika korang minat dengan pemberian koz ini korang boleh miliki template ini dengan hanya klik pada button di bawah. 
klik

Cara-cara megupload template ini ke blog anda seperti berikut:

  Dashboard > Design > Edit HTML > Choose File(Pilih Template Tadi) > Upload  

Selesai^^...

Dan di sini koz ada beberapa tutorial yang lain yang mungkin dapat 
membantu korang untuk menghias template baru korang:

 Tutorial Meletak Button Tumb Follower dan Dashboard Di Blog  Widget Jam Kartun Wanita Untuk Blog  Tutorial Cara Buat Widget Post Terkini  Tutorial Cara Letak Icon Sebelah Comments  Ubah Nama Posting By Kepada Gambar 

p/s: kalau dah ambil tolong promot entry ini okey ^ ^...enjoy...

Tips Memajukan Blog Anda

24 comments



Hai all...apa kabar korang...okey hari ini koz nak beri tips kepada korang cara bagaimana untuk memajukan blog kesayangan korang cantik dan kemas di mata pengunjung.

First sekali anda haruslah menggunakan template yang simple dan kemas, kalau boleh code htmlnya senang di baca dan tidak berterabur. Kerana setiap template yang biasa koz download di laman sesawang, koz perhatikan penggunaan code HTMLnya tidak menepati cita rasa atau lebih senang sukar untuk di pahami. Jadi kalau boleh anda cari template yang codenya teratur seperti contoh code di bawah:

/* Sidebar Content----------------------------------------------- */

.sidebar{
margin:0 0 10px 0;
color:#424345;
font-size:13px;
}

.sidebar a{
text-decoration:none;
color:#424345;
}

.sidebar a:hover{
text-decoration:underline;
color:#97BA30;
}

Yang kedua reka header yang bersesuaian dengan blog anda, kerana benda pertama yang akan di pandang atau di fokus oleh pengunjung adalah pada header blog yang mereka kunjung.Serapkan ciri-ciri blog anda di bahagian header.Maksud koz jika blog anda mengenai resepi kuih tradisional, anda haruslah letakkan gambar kuih di header anda kerana setiap pengunjung yang melihat header anda akan tahu ciri-ciri blog anda.

Yang ketiga widget follower, widget ini amatlah penting untuk anda aktifkan di blog kerana widget ini memudahkan pengunjung untuk mengikuti perkembangan semasa blog anda jika enty bru di update.Anda juga haruslah rajin follow blog-blog yang lain dan jika boleh balas setiap follow yang di buat pengunjung blog anda kerana dengan cara ini membuktikan tanda terima kasih anda kepada mereka.

Yang keempat widget shoutbox, di sini dalam pemerhatian koz. Penggunaan Shoutbox amat memudahkan pengunjung untuk meninggalkan jejak mereka di blog yang di kunjungi.Dengan cara ini juga anda akan mengenali dunia baru atau lebih senang di fahami setiap pengunjung yang hadir di blog anda ada pelbagai kelompok. Jika anda membalas kunjungan pada seorang pengunjung anda pasti akan memperolehi dua atau tiga pengunjung baru ke blog anda. Cara terbaik untuk mendapat pengunjung anda haruslah rajin berblogwalking.Setiap kunjungan anda haruslah menggunakan link entry terkini blog korang.

Yang kelima menggunakan widget yang penting sahaja di bahagian sidebar. Di sini koz sarankan kepada anda kalau boleh menggunakan widget-widget yang penting sahaja.Widget yang koz sarankan adalah:

1. Google Friend Connect (Follow)

Widget ini dapat membantu pengunjung anda mengetahui perkembangan semasa blog anda.

2. Shoutmix/Cbox
Widget ini boleh membantu pengunjung anda meninggalkan jejak mereka di blog anda serta dapat meningkatkan trafik di blog korang.

3. Stat/ Online User
Widget ini penting untuk memudahkan anda mengetahui jumlah pelawat yang berada di bloh anda dari masa kesemasa.

4. Latest Entry
Widget ini memaparkan entry yang terkini di dalam blog anda.

5. Blog Link List
Widget ini penting juga untuk blog anda dan di ingatkkan jangan meletakkan list terlalu banyak kera ia akan memberatkan blog anda.

6. Feedburner
Widget ini untuk mudahkan pengunjung blog anda supaya tidak ketinggalan setiap entri yang dipublish oleh anda.

7. Top Commentator
Widget ini akan mempamirkan list nama pengunjung anda yang kerap meninggalkan komen di blog anda.

8. Search Box
Widget ini memudahkan pengunjung blog anda mencari entry yang ingin dicari oleh mereka di dalam blog anda.

Yang keenam penggunaan warna dalam blog.Warna merupakan elemen yang penting dalam template sebuah blog. Penggunaan warna yang sesuai akan mampu menjadikan blog anda nampak menarik, unik dan memberi keselesaan kepada pengunjung anda. Oleh itu, pastikan anda memilih warna yang bersesuaian dengan blog anda.

Yang ketujuh meletakkan gambar di setiap entry. Benda ini telah koz cuba alhamdulillah hasilnya amatlah memuaskan. Okey, setiap kali anda membuat entry.Pada permulaan anda haruslah meletakkan gambar yang bersesuaian dengan tajuk entry anda dan jika boleh renamekan nama gambar berkenaan dengan nama yang bersesuaian dengan tajuk entry tersebut sebagai contoh, entry anda berkenaan "harimau malaya mengganas" jadi renamekan gambar berkenaan cth:harimau-malaya,amukkan-malaya,harimau-malaya-mengamuk. Dengan cara ini gambar yang di pamirkan akan mudah terindex ke laman search engine.

Okey ini serba sedikit tips dari koz untuk korang, moga ilmu yang koz kongsi ini dapat membantu korang untuk memajukan lagi blog masing-masing.

p/s: Next tips akan koz kongsikkan okey, koz ngah buzy wat animation kartun ni...kene siapkan^^...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net