Powered by Jasper Roberts - Blog

Tiada rombakan hadapi T-Team


TIADA rombakan besar dilakukan oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak menjelang pertemuan menentang pasukan berstatus kelab, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang ini.

Hodak yang juga merangkap Pengurus Pasukan berkata, beliau bercadang mengekalkan sebahagian besar pemain termasuk penyerang import yang dikritik hebat, Keita Mandjou dalam pertemuan dengan PKNS FC tempoh hari apabila bertemu pasukan bimbingan bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler.

“Besar kemungkinan saya bercadang menyenaraikan bekas pemain T-Team musim lalu, Zairo Annuar (Zalani) dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan. Begitu pun, saya akan buat keputusan mengenainya esok (hari ini).

“Zairo Anuar mengetahui sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan bekas pasukan lamanya. Saya perlukan khidmat dia dan saya fikir ini merupakan satu peluang baik untuknya membuktikan kehebatan jika diberi ruang beraksi nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut pengendali dari Croatia itu, beliau akan tetap mempertaruhkan rangkaian penyerang yang sama, Manjdou dan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal bagi merobek gawang gol pasukan yang terkenal dengan jolokan The Titans itu.

“Mengenai Mandjou, saya tahu ramai peminat pertikaikan kredibiliti dia. Tetapi saya harus bersikap jujur dan adil.

“Anda lihat Marlon Alex James (pemain ATM). Dia pemain hebat tetapi gagal menjaringkan gol meskipun mempunyai banyak peluang ketika pasukannya tewas kepada Lions XII tempoh hari. Situasi ini mungkin sama menimpa Mandjou, kita janganlah cepat menghukum dia,” katanya.

Hodak berkata, akan tiba masanya bagi Mandjou membuktikan kehebatannya selaku penggempur berbisa dan beliau berharap penyokong setia terus beri peluang dan sokongan kepada penyerang berasal dari Guinea itu.

Mengulas mengenai kekuatan T-Team yang pasti mahu mencatatkan kemenangan pertama setelah tewas tipis 0-1 kepada Perak tempoh hari, Hodak bagaimanapun tidak risau dengan kebangkitan kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu.

Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net