Powered by Jasper Roberts - Blog

'RAJA Sedia Panggil pemain TERSISIH'


Rajagobal
Rajagobal tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan akan memanggil pemain cemerlang dalam Liga Malaysia untuk bermain bersama skuad kebangsaan.
KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal memberitahu peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

Menurutnya, dia tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

"Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini.

"Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

"Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus. Tapi, perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain.

"Ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Rajagobal berkata, pemain disisih sebelum ini iaitu, K Gurusamy, S Subramaniam dan Muslim Ahmad boleh dipanggil pada bila-bila masa andai cergas dan mampu kekalkan momentum permainan.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, FAM tetap menerima pemain negara yang bermain di liga luar seperti Nazmi Faiz Mansor (SC Beira-Mar)dan Ahmad Fakri Saarani (SC Atletico).

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari depan.

Menurut Raja, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia.

Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net