Wartawan Radio Terbunuh.
Seorang wartawan radio ditemui mati di selatan negara ini, menjadi wartawan keenam di negara itu yang dibunuh tahun ini, kata pihak berkuasa semalam.Tentera menemui mayat Eddie Apostol yang sudah reput dalam paya Ahad lalu, lima hari selepas keluarganya melaporkan dia hilang, kata jurucakap tentera daerah, Kolonel Prudencio Asto.
Hos rancangan bual bicara radio DXND itu diikat dengan tali dan ditembak dua kali di kepalanya, kata Asto kepada wartawan. Pengerusi pemerhati media Kesatuan Kebangsaan Untuk Wartawan Filipina, Nestor Burgos berkata, belum dapat dipastikan sama ada pembunuhan itu berkaitan dengan tugas Apostol. Apostol mengacarakan rancangan bual bicara membincangkan isu pembangunan, kata kesatuan itu.
“Kami sentiasa menganggap pembunuhan wartawan di negara ini mungkin berkaitan dengan tugasnya,” kata Burgos.
Wartawan yang lantang bersuara sering diserang di Filipina dan kumpulan pemerhati berkata negara itu adalah antara tempat paling berbahaya di dunia untuk petugas media.
Apostol adalah wartawan keenam dibunuh di Filipina tahun ini, empat daripadanya dipercayai dibunuh kerana tugas mereka, kata pegawai kesatuan wartawan, Rowena Paraan kepada media.
Pembunuhan terbaru itu berlaku di wilayah Maguindanao, di mana anggota keluarga ahli politik Islam yang ternama berdepan perbicaraan atas pembunuhan 57 orang, termasuk 32 petugas media pada November 2009. Keseluruhannya 153 petugas media dibunuh di Filipina ekoran profesion mereka sejak 1986. - Manila Times
-Harianmetro
Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^