Powered by Jasper Roberts - Blog

Cara tidur nyenyak

Jom! comments

gambar hamster comel

Salam semua, hari ini malam seperti biasa masih lagi belum lelapkan mata. Semenjak bergelar retis ni memang selalu buzy dengan job-job yang bertimbun, cewah retis hahahaha...koz ulang baling kata-kata tadi yang sebenar... Semenjak bergelar designer ni memang selalu buzy dengan job-job yang bertimbun sampaikan waktu tidur pun terpaksa di kurangkan...Maksudnya tak cukup tido la...hahaha..mata ni pun dah macam panda.

Kekadang tu bila tiada job pun dah mula susah nak tidur dengan lena dan nyenyak. Bila terjaga dari tidur dan susah nak tidur semula...alahai. Akibatnya berdenyut-denyutlah kepala ni sebab tak cukup rehat. SUsah juga ya bila buat bisnes sendiri rupanya, belum lagi pasang pekerja tu...lau dah pasang pasti bertambah berdenyut-denyut kepala ni nak layan perangan-perangai pekerja ni hahahaha...

Jadi berbalik pada tajuk di atas, korang ada tak tips atau cara tidur nyenyak ? :P kongsikan please...

Komitmen Penentu Kejayaan Hidup

Jom! comments



Mencari peluang untuk jadi yang lebih baik, itulah fokus koz ketika ini di mana sebelum ini sudah banyak berbakti pada orang lain seperti mana yang di hadapi oleh semua anak bangsaku sendiri iaitu berkerja mencari rezeki di dalam laman bisnes orang lain.

Kini koz akan fokus untuk berkhidmat dalam bisnes sendiri pula, peluang ini akan hadir jika kita mencari, kalau di tangguh ia pasti tidak akan menjadi. Jadi haruslah cepat dan pantas membuat tindakkan jika ingin mencapai kejayaan di masa akan datang. Umur tidak akan berpatah balik malah ia akan sentiasa meningkat dari saat, jam, hari dan tahun.

Inilah penentu masa depan koz, koz haruslah komitmen untuk menghadapi cabaran ini. Walaupun sukar, tetapi ia juga salah satu pembelajaran dalam mengenal erti penat dan susah bak kata pepatah, "Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang Kemudian".

Seminar Asas Adobe Photoshop PERCUMA!!!

3 comments

Salam Semua, di sini kozumi hendak menjemput anda semua hadir ke seminar Asas Adobe Photoshop yang akan di anjurkan di Pusat Latihan RTC Johor di Terminal Bas Kulaijaya.

Seminar ini akan di laksanakan kozumi sendiri untuk memberi penerangan tentang cara mempelajari dan menggunakan sofware adobe photoshop ini. Jangan risau, tiada caj dikenakan dan seminar ini adalah PERCUMA! dan anda yang hadir juga tidak perlu risau soal makan dan minum kerana ianya di tanggung sepenuhnya oleh pihak RTC Johor.Tarikh seminar ini adalah pada 27 & 28 June 2014 pada jam 9.00 pagi - 5,00 ptg.

Apa yang perlu anda bawa adalah Laptop sendiri lengkap dengan sofware Adobe Photoshop CS3.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net