Salam semua, apa kabar? hari ini kozumi kembali sihat seperti biasa setelah demam beberapa hari. Demam Seminar Buat Duit Dengan Blog kot.hihihi...
Kozumi masih belum sempat untuk mengarangkan perkongsian pengalaman semasa di Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denaihati Network. Insyallah kalau ada ruang dan masa kozumi akan karangkan untuk anda.
Hari ini merupakan hari cuti kepada semua, bagi kozumi hari-hari cuti maklumlah asyik duduk umah jek. Duduk rumah bukannya bermaksud tidak ada kerja ya. Kozumi seperti biasalah buat kerja-kerja melalui online. Sudah malas nak bekerja bawah arahan mana-mana bos, lebih baik jadi bos sendiri bukan hihihi.
Kurang sikit tension asyik melayan kerenah bos-bos yang tahu mengarah sahaja, tapi untuk memahami pekerjanya tidak, kerja nak cepat siap, tapi gaji asyik tangguh 1 bulan 2 bulan. Pekerja makan batu ke ko ingat???haha tetiba lak pikir negetif lak kozumi ini awal-awal pagi ni hahaha.Kenangan sewaktu kerja dahulu hihi..haha ini ayat sesuai dengan kozumi sahaja okey sebab setiap perkerjaan lain-lain ragamnya.
Jadi sekarang memang happy sangat-sangat bekerja sdn bhd walaupun ramai gak rakan-rakan ajak kerja balik dalam bidang lama kozumi. Maaflah buat masa ini kozumi terpaksa menolak demi masa depan kozumi dalam bidang terbaru ini. Kozumi sudah rasa senang dengan pekerjaan kozumi sekarang ini. Insyallah otw nak daftar syarikat pula lepas ini kalau ada rezeki lebih, Amin....