Powered by Jasper Roberts - Blog

Matyo turut tersenarai, Kafa hantar 37 tunai umrah

3 comments


TRW
Nik Aziz dan Abdul Fattah bersama pemain menunjukkan simbolik angka tiga yang membawa maksud kejuaraan treble dimenangi Kelantan ketika menyampaikan replika cek pakej umrah.
KOTA BHARU – Bekas tonggak The Red Warriors (TRW) musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha antara yang berada dalam senarai 37 peserta termasuk pemain dan pegawai pasukan yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Kerajaan Negeri Kelantan, untuk menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pakej menunaikan umrah ini dihadiahkan kerajaan negeri atas kejayaan TRW meraih kejuaraan treble dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim lalu.

“Selain Matyo (Norshahrul Idlan Talaha), turut ditawarkan ialah Mohd Nurul Azwan Roya atau Awe di mana kedua-dua pemain ini menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim pada musim ini,” katanya kepada selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

“Kita harap mereka berdua dapat bersama rakan-rakan mereka untuk menunaikan umrah kerana ini merupakan anugerah istimewa daripada pihak kerajaan negeri, setelah Kelantan mencipta sejarah dengan memenangi tiga piala dipertandingkan pada musim lalu.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan, setelah muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA pada 2009.

Malah pada 2010, kerajaan negeri turut memberikan ganjaran wang tunai RM200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan TRW, setelah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun dengan memenangi Piala Malaysia pada musim tersebut.

Abdul Fattah berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada semua pemain dan pegawai pasukan Kelantan, bagi mendapatkan pengesahan daripada mereka untuk menunaikan umrah tidak lama lagi.

Dalam perkembangan sama, Abdul Fattah menjelaskan kerajaan negeri dijangka membelanjakan lebih RM200,000, bagi membiayai pakej menunaikan umrah itu yang ditetapkan pada 7 hingga 14 Julai nanti.

“Kita memutuskan hanya memberi ganjaran berbentuk pakej umrah sahaja dan jika pemain atau pegawai yang beragama Islam tidak berhasrat untuk menunaikan umrah, mereka tidak akan mendapat apa-apa ganjaran atau ganti rugi dalam bentuk wang tunai daripada kerajaan negeri.

“Bagi pemain dan pegawai pasukan bukan beragama Islam yang tidak menyertai rombongan ini, mereka akan mendapat ganjaran wang tunai setara dengan nilai pakej umrah tersebut,” katanya.

POGBA Terus Bersama Juventus Sehingga Musim Panas

2 comments


                          Midfielder ini telah dikaitkan dengan sejumlah kelab

Ejen Paul Pogba, Mino Raiola memberitahu pemain berusia 19 tahun itu tidak akan meninggalkan  Juventus semasa jendela perpindahan Januari dan akan kekal di Turin sehingga musim panas.
Bekas midfielder Manchester United itu cemerlang di Itali setakat ini, di mana ia membuatkan beliau menjadi subjek spekulasi perpindahan meninggalkan Stadium Juventus tapi Raiola tampil untuk menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.
"Berapakah nilai dia? Dia bukan untuk dijual jadi tiada nilai. [Giuseppe] Marotta boleh terus bertenang, dia sudah tentu akan kekal di Turin sehingga Julai," ujar Raiola.
Pogba baru saja menyertai the Bianconeri musim panas tahun lepas dari Old Trafford dan pemain muda ini telah membuat 18 penampilan untuk kelab setakat ini, menjaringkan empat gol.

Jual perlawanan boleh bunuh bola sepak

2 comments


sukan malaysia
SETIAUSAHA Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jerome Valcke menyifatkan kes mengatur keputusan perlawanan yang kian menular satu "penyakit" yang boleh membunuh dunia bola sepak.

Awal bulan ini, Fifa telah mengharamkan 41 pemain Korea Selatan yang terlibat dalam kes menetapkan keputusan perlawanan.

Ia diikuti penggantungan Presiden Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan bulan lepas menjelang penyiasatan terhadap isu penetapan perlawanan sebelum ia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010.

"Saya betul-betul berasa kes mengatur keputusan perlawanan satu penyakit dan ancaman kepada seluruh dunia.

"Ia bukan sahaja di Afrika, tetapi juga di Asia, Eropah, Amerika Utara, Kanada, dan Amerika Selatan.

"Boleh dikatakan seluruh dunia akan turut berhadapan dengan perbuatan jual perlawanan. Kes ini sangat aktif,”  katanya dalam temu bual eksklusif kepada CNN.

Valcke berkata demikian selepas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Michel Platini menegaskan bahawa kes mengatur keputusan perlawanan adalah ancaman besar buat masa depan bola sepak ketika ditemu bual oleh stesen radio Perancis.

Platini memberi amaran bahawa bola sepak akan "mati” sekiranya keputusan perlawanan diatur terlebih dahulu.

"Jika anda tahu keputusan penghujung permainan itu, maka bola sepak akan mati. Keindahan permainan akan dirasai sekiranya kita tidak tahu siapa yang akan menjadi pemenang.

"Ia boleh menjadi pasukan itu jika anda fikir akan menang, tetapi  ia juga boleh menjadi pasukan lain, lawan yang boleh membuatnya kerana ia dimainkan pada satu matlamat. Jadi sebab itu kita perlu melindungi bola sepak setakat mana yang boleh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Valcke memberi amaran bahawa memerangi mengatur keputusan perlawanan amat lumayan boleh mengambil masa 10 tahun, dan menggesa sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang aktiviti itu untuk tampil  membantu.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net