Powered by Jasper Roberts - Blog

Budak Nakal Blogspot Berwajah Baru 2013

18 comments


Salam semua, Alhamdulillah akhirnya dapat juga koz siapkan mengedit template blog koz yang sebelum ini agak tidak teratur. Agak lama tak sentuh code-code HTML blog ini...hihi... banyak juga mencari tutorial-tutorial dekat en Google kita selamatlah ada juga blogger-blogger lain yang sudi kongsikan ilmu-ilmu mereka kepada blogger-blogger lain, syabas.

Ahak tidak lama lagi Budak Nakal Blogspot akan mencapai Pageviews yang ke 3 000 000 juta...Aummm banyakkan? Biasalah sudah hampir ke tahun ke tiga kewujudan blog ini di dunia blogger. Agak-agak boleh di labelkan Blog Popular tak??hahaha berangan jek koz ni.

So..apa pandangan korang tentang Penampilan baru budak nakal ini?

KISAH BENAR : SAYA TIDAK MAHU TERLANJUR LAGI

5 comments


Saya wanita berumur pertengahan 20-an, bekerja dan tinggal bersama keluarga serta masih belum berkahwin.

Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.

Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.

Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.

 Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.

Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.

Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.

 Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.

Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.

Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.

Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.

Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.

6 Bahagian Tubuh Wanita Yang Suka Dicium

5 comments


Selain sentuhan, wanita juga suka dicium oleh pasangannya. Namun ciuman tersebut tidak hanya di mulut sahaja, ada juga bahagian tubuh lain yang wanita suka untuk dicium. Berikut adalah 6 bahagian yang suka diciumi oleh pasangannya :

1. Telinga
Telinga kerap jadi bahagian tubuh yang dilupakan untuk disentuh ketika lelaki melakukan fore play untuk pasangannya. Padahal dengan mencium di telinga, boleh meningkatkan libido wanita. Seperti dipetik askmen, cubalah mencium perlahan telinga pasangan anda dan rasakan sensasi yang akan diperolehi.

2. Belakang Leher
Salah satu cara yang paling mudah mendapatkan mood wanita untuk diajak bercinta adalah dengan mencium bahagian belakang lehernya. Mencium bahagian belakang leher ini boleh dilakukan apabila anda tiba-tiba ingin memberikan kejutan yang tidak. Sebagai contoh saja ketika dia tengah mencuci pinggan atau bekerja di depan komputer.

3. Wajah
Semasa mencium wanita di wajah, ciuman tersebut lebih dari sekadar ciuman. Ketika melakukannya, ada kehangatan yang dirasakan. Cuba cium pasangan dengan ringan dan lembut di bahagian pipi, dahi, dan garis rahangnya. Tetapi jangan sesekali menjilat wajahnya kerana sangat tidak seksi. Wajah pasangan anda sebaiknya dilayan dengan lembut.

4. Tulang Selangka
Semasa pasangan anda masih memakai baju, salah satu tempat yang cukup intim untuk dicium. Buat anda yang belum tahu, tulang selangka ada di dekat bahu. Tulang yang menonjol di bahagian bahu, itulah tulang selangka.

5. Punggung
Anda tentu tidak menyangka kalau punggung adalah salah satu kawasan sensitif wanita. Punggung boleh jadi sangat sensitif untuk wanita kerana bahagian tubuh tersebut sudah dekat dengan kawasan yang memang anda ingin datangi.

6. Payudara
Mencium payudara wanita boleh jadi sangat seksi. Namun kalau anda salah melakukannya, perkara tersebut boleh membuat wanita jadi hilang selera untuk bercinta. Jangan sesekali menggigit payudaranya jika memang pasangan anda bukan jenis orang yang suka itu.

Lagi artikel seks, klik SINI

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net